Saturday, June 2, 2018

SEKSUALITI MERDEKA: SIMBOL DEMOKRASI NEGARA?


Mungkin agak keterlaluan jika DEMOKRASI ditafsirkan mengikut selera sendiri. Memang terdapat banyak MAKNA dan MAKSUD bagi demokrasi. Bergantung pada "cara" ia didefinasikan serta "tujuan" disebalik pendefinasian itu. Mungkinkah pendekatan Machiavelli terguna-pakai dalam konteks ini? Machiavelli ialah tokoh yg mempromosi konsep "TUJUAN MENGHALALKAN CARA".

Hari ini sudah terlalu ramai orang yang "bijak dan pandai" termakan umpanan konsep ini. Kalau dahulunya Machavelli sekadar mencipta teori, "tokoh-tokoh besar" hari ini jadi pengamal dan "penganut" setianya...

Berbalik pada soal DEMOKRASI acuan Malaysia. Disebalik acuan ini, pemerintah terdahulu telah sempat merangkumkannya dengan sub-ideologi penting yg digelar "RUKUNEGARA". RUKUNEGARA akan diikrarkan pada setiap sambutan ulangtahun hari kemerdekaan negara. Semua orang biasa mendengar rangkap-rangkap yg terkandung dalam RUKUNEGARA. Semua orang (termasuk pemuka-pemuka dan pendokong SEKSUALITI MERDEKA..) dipercayai sudahpun HAFAL sepenuhnya prinsip atau rangkap-rangkap itu. Kecuali kalau mereka itu merupakan pendatang asing (tanpa izin atau dengan izin..) atau BUKAN warganegara MALAYSIA tetapi menyeludup masuk dan dapat kerakyatan secara tidak sah..!

Secara ringkas, (dan, untuk faedah mereka yg terlupa..) kandungan Rukunegara adalah seperti berikut:

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Terlalu mudah, bukan? Ramai yang telahpun menghafalnya sejak di sekolah rendah. Apabila di sekolah menengah, ianya seperti dihayati sebagai suatu "ideologi". Dan, sewaktu mendaftar di kolej atau di IPT, barulah kita belajar utk mendefinasi makna-makna yg terkandung dalam setiap rangkap Rukunegara secara lebih mendalam. Hari ini, insyaallah, aku berani berkata bahawa ramai dikalangan kita akan sanggup berbahas dgn sesiapa sekalipun (dalam proses menghayati makna Rukunegara sebagai satu panduan dan tata hidup bernegara di sebuah negara yang bernama Malaysia). Ini kerana ia amat selaras dgn nilai-nilai yg perlu ada dalam sebuah NEGARA ISLAM!

Kembali kepada SEKSUALITI MERDEKA. Hari ini kita semakin kerap menyaksikan golongan yang berlagak ala politikus reaksionari bangkit memperjuangkan sesuatu kepentingan. Hingga tiba pada satu tahap bahawa kepentingan itu amat bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan kemaslahatan sebuah negara ISLAM. Rukunegara telah menetapkan bahawa setiap warga dalam negara ini hendaklah PERCAYA KEPADA TUHAN dan hidup sebagai individu yang memiliki pegangan agama. Oleh itu, golongan anti agama, ateis atau freethinker adalah tidak berhak untuk menggelar dirinya WARGA bagi negara ini. Tetapi, jika mereka sudah hidup beragama (dan PERCAYA KEPADA TUHAN), adakah wajar mereka mengingkari agama mereka dengan memperjuangkan homoseksualisme, lesbianisme, heteroseksualisme..? Atau, adakah mereka sudah hilang akal dan menjadikan homoseksual, heteroseksual dan lesbianisme sebagai "ideologi" dan "agama" (sebagaimana di barat..) serta mengangkat "seks" sebagai "tuhan" mereka....?

Selain itu, kegilaan yang melampaui batas manusiawi terhadap kehidupan seks adalah cukup bertentangan dengan KESOPANAN DAN KESUSILAAN (iaitu prinsip kelima Rukunegara). Golongan yang memperjuangkan agenda sesat ini mungkin terdiri dari golongan freethinker (pemikir bebas yang terlalu liberal dan melihat agama sebagai belenggu kebebasan..) atau ateist yang berselindung disebalik agama-agama tertentu. Tetapi mereka perlu ingat: ideologi negara yang kelima menegaskan tentang kewajipan setiap warga mempertahankan nilai SOPAN-SANTUN serta hidup BERTATA-SUSILA dalam sebuah NEGARA ISLAM yang bernama MALAYSIA ini..!

Jadi, apakah alasan sebenar yang cuba diperjuangkan oleh golongan terkutuk ini..? Atas nama HAK ASASI manusia sejagat? HAK ASASI yang bagaimana? Yang membenarkan lelaki "berkahwin" dengan lelaki atau perempuan "bernikah" dengan perempuan seperti KAUM LUT..? Piagam HAK ASASI yang manakah telah diciplak oleh mereka? Sweden? Belgium? Belanda? Atau, Pompei..?

Dan, atas alasan HAK-HAK SEMULAJADI (natural rights) dalam sebuah NEGARA DEMOKRASI, masyarakat PERLU diberikan HAK untuk menentukan apa mereka SUKA dan apa mereka MAHU..? Maka, negara atau perlembagaan negara perlu MENGHALALKAN apa yang pada suatu ketika dahulu dihukumkan HARAM...? Hatta, NEGARA tidak dianggap DEMOKRATIK jika KEHENDAK-KEHENDAK KEBINATANGAN ini tidak dipertimbangkan...?

Masyarakat dalam negara ini kerap diletakkan di dua persimpangan. Terkadang lebih dari dua persimpangan. Maka, pihak yang telah diberikan 'MANDAT" oleh rakyat utk melaksanakan AMANAH RAKYAT hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik-baik dan setepat-tepatnya. Jangan ada yang dalam hatinya berniat untuk menyeleweng. Kelak buruk padahnya..! Negara ini adalah sebuah NEGARA ISLAM. Islam mengharamkan homosek, heteroseksual, lesbianisme, kawin sejenis.. Islam MENGHALALKAN nikah. Samaada mereka itu beragama Islam atau tidak, undang-undang perkahwinan hendaklah dipatuhi mengikut lunas-lunas yang ditetapkan: Muslim ikut cara Muslim; dan, bagi masyarakat bukan Islam: terpulang pada masing-masing agama.

Perkahwinan sejenis hendaklah diharamkan dari lanskap sosial negara ini. Untuk menentukan perkara ini jelas pada pandangan umum, undang-undang khusus hendaklah digubal, diluluskan dan diimplementasi. Mereka yang menjadi pendokong pada gerakan-gerakan pro-perkahwinan sejenis hendaklah diambil tindakan kerana menyalahi undang-undang agama, budaya dan kesusilaan negara.  Jika masih ada golongan yang ingkar dan masih ingin mengulangi perjuangan sesat ini secara tegar, kewarganegaraan mereka wajar dilucutkan sebagai pengajaran buat semua...!

Negara kita memang berideologi demokrasi. Tetapi, jangan samakan seks bebas atau perkahwinan sejenis sebagai DEMOKRASI. Sebuas-buas buaya sekalipun, mereka tidak akan berkahwin dengan kaum sejenisnya…! Hanya manusia sesat dan gila sahaja yang berani melakukannya…! Ws.



No comments:

Post a Comment

NABI ADAM VS TEKNOLOGI - SATU ANALISIS RINGKAS (BAB 2)

 (Sambungan dari BAB 1) BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN PERJALANAN NABI ADAM? Mengapa kita perlu tahu tentang ini? Agar kita dapat membuat suatu a...