Saturday, June 12, 2021

NABI ADAM DAN TEKNOLOGI - SUATU ANALISIS RINGKAS (BAB 1)

SIAPA ADAM ALAIHISSALAM?

Nabi Adam a.s. adalah manusia pertama yang diwujudkan Allah Taala. Menurut Ibnu Jarir, Nabi Adam a.s. hidup selama seribu tahun. Berasaskan kiraan tahun hijrah, Adam hidup di Syurga selama 43 tahun dan baki 957 tahun di dunia.  Dalam teks Atlas Sejarah Nabi dan Rasul, Sami al-Maghluts menyebut bahawa Adam diperkirakan hidup antara tahun 5872-4942 SM. Sedangkan, Nabi Nuh diperkirakan hidup sekitar tahun 3993-3043 SM (usia 950 tahun). Jarak antara Adam dan Nuh ialah 1000 tahun atau 10 abad.


MOTIF TULISAN INI

Tulisanku kali ini cuba merungkai tentang keberadaan Adam a.s. sebagai seorang makhluk terhebat pernah diciptakan guna menjadi pemimpin di mukabumi ini. Disamping itu, pada bahagian lain, kita akan membincangkan samaada teori evolusi rekaan Darwin adalah suatu teori yang saintifik atau hanya sekadar untuk mencelarukan pemikiran manusia dan menjahanamkan aqidah mereka. Adakah Darwin benar-benar telah menjalankan penyelidikan terperinci? Atau, beliau sekadar menulis kertas konsep semata-mata tanpa berasaskan sebarang kajiselidik? Walaupun ada yang menegaskan bahawa Darwin telah berjaya mengemukakan data-data empirikal untuk mempertahankan pegangannya itu, adakah itu bermaksud anda perlu menerimanya tanpa berfikir panjang?

SIAPA LEBIH HEBAT?

Siapa paling kuat? Siapa paling pantas? Siapa bakal jadi "super-juara" atas semua jenis kejuaraan dunia? Jawabannya - ADAM a.s. Tiada suatu haiwan pun mencapai ketinggian Adam. Biarpun didatangkan dinasour paling besar di zaman jurassic, haiwan purba itu masih tidak mencapai ketinggian melebihi paras lutut Adam. Cuma ukuran kepanjangan dari ekor ke kepala sahaja mencapai 130 kaki. Haiwan seberat 100 ton dgn badan setinggi 7.5 meter ini ialah seekor argentinosaurus. Sedangkan Adam berketinggian 60 hasta (30 meter = 90 kaki) - setinggi bangunan 10 tingkat...! Mana lebih utama - tinggi atau panjang...?





Masih di era jurassic, makhluk darat kedua terbesar dgn ketinggian mencapai 15 meter, seberat 75 ton dan 35 meter panjang ialah mamenchisaurus sinocanadorum. Haiwan ini 10 kali lebih berat dari gajah Afrika. Jika di daratan terdapat dua jenis haiwan terbesar, di lautan pula terdapat spesis ikan purba yg digelar shastasaurus sikanniensis seberat 50 ton dan berkepanjangan 85 kaki. Tetapi kedua-dua haiwan ini tidak dapat menandingi paus biru purba yg dianggap terbesar dikalangan semua vertebra - seberat 200 ton (40 ekor gajah) dan boleh mencapai 100 kaki panjang...! 



Di zaman ini (mungkin sewaktu Adam akan diturunkan ke bumi) - dgn rahmat Allah Taala - tiada lagi makhluk-makhluk gergasi ini dibenarkan hidup. Jika tidak, mungkin makhluk keturunan Adam sukar bertahan lama di muka bumi lantaran perlu merebut sumber makanan disamping diancam oleh makhluk-makhluk jurassic dgn pelbagai saiz. Setidak-tidaknya, dlm konteks menentukan rantaian makanan dan air yg mencukupi, manusia perlu diberi peluang utk terus kekal pada saiz Adam a.s. Namun, Allah Taala maha perancang!






APA KETINGGIAN DAN SAIZ TUBUH ADAM?

Hatta, pada membicarakan saiz lembaga Adam yg sebenar, ia suatu yg pasti menarik minat semua. Anda akan pasti berangan-angan mahu menjadi sebesar Adam. Sebagaimana yg disebut terdahulu, Adam berketinggian 60 hasta atau 30 meter (= 90 kaki). Tetapi Allah Taala telah menetapkan segala-sesuatu menurut ketetapanNya. Maka, kita hanya mampu bermimpi utk jadi sepantas atau segagah Adam. Tidak lebih dari itu. Hari ini rekod manusia tertinggi ialah 8 kaki 11.1 inci sahaja dan hanya hidup selama 22 tahun. Dan, manusia tertua ialah Jeanne Calment (122 tahun 164 hari).

Hari ini, haiwan paling tinggi di dunia ialah zirafah - 19 kaki. Manakala haiwan darat terbesar ialah gajah Afrika (berat 7 ton dan tinggi bahu 13 kaki). Dan haiwan amfibi terbesar masih dijuarai oleh paus biru (berat 180 ton dan panjang 98 kaki). Jika diletakkan dalam satu gelanggang pertarungan, mungkinkah Adam akan terselamat jika terpaksa berhadapan dgn bintang-binatang tadi? 



ANGGARAN SAIZ NABI ADAM

Ini bukan kajian ilmiah. Ia tidak saintifik. Ia sekadar anggaran semata-mata. Kita cuba mengenalpasti beberapa aspek dari indeks tubuh lembaga Adam melalui kiraan asas seperti berikut:

a.  Tinggi - 60 hasta (30 meter atau 90 kaki).
b.  Tinggi jangkauan - 90kaki + (2kaki x 15T) = 90 + 30 = 120kaki. 
c.  Gandaan  ketinggian dgn manusia sekarang -  90kaki bahagi 6 kaki (tinggi purata) = 15T
d.  Gandaan lebar Adam - 10x
e.  Ketebalan Adam - 6x
f.  Ukuran kubik - gandaan (15x tinggi) x (10x lebar) x (6x tebal) =  900kubik-kaki
g.  Berat = (900 x 70kg (berat purata lelaki) = 63,000kg

Dari kiraan diatas, berikut ialah data yg diperolehi:

a.  Panjang Adam - 120 kaki (Jangkauan lengan + tinggi)
b.  Panjang langkah biasa - 15 x 2 kaki = 30 kaki/langkah
c.  Panjang langkah laju - 15 x 3 kaki = 45 kaki/langkah
d.  Berat minima - 63,000kg (63 ton)

Dgn data asas ini, bolehlah dianggarkan bahawa saiz manusia Adam adalah jauh lebih panjang, lebih lebar, lebih tinggi dan hampir sama berat dgn raksasa-raksasa purba seperti argentinosaurus dan shastasaurus sikanniensis. Begitu juga dgn paus biru. Dgn saiz ini, Adam boleh duduk atau tidur dimana-mana sahaja tanpa ada siapa pun berani melakukan provokasi. Ini kerana tiada siapa pun yg mampu beri ancaman. Sementelah, jika gajah Afrika seberat 7 ton tidak berani mendekat, apatah pula harimau, singa, hippo, anakonda atau buaya. Ini kerana haiwan-haiwan berkenaan boleh dihapus dgn sekali pijak sahaja..!


APAKAH KELAJUAN ADAM?

Ini suatu soal yg paling menarik. Mana lebih pantas? Kereta F1 atau Adam? Dan, sejauh manakah jangkauan yg boleh dicapai oleh Adam dalam satu-satu perlumbaan itu? Jika Adam berlari sebagai sprinter Usin Bolt, apakah kelajuannya serta jangkauan yg bisa dicapai? Usin Bolt adalah manusia terpantas dgn kelajuan 44.7kmsj dan kelajuan purata 38kmsj yg direkodkan pada tahun 2009. Dan beliau berketinggian 6 kaki 4 inci sahaja.

Sebelum itu, mari kita lihat apa kelajuan setiap langkah lembaga Adam. Setiap ukuran perlulah didharab atau dibahagi dengan gandaan 15. Sebagai contoh, jika manusia biasa yg berketinggian 6 kaki boleh memecut dalam 10 saat utk acara 100 meter atau 20 saat utk acara 200 meter, bagaimana dgn Adam? Kelajuan 10 saat utk 100 meter bermaksud anda berlari dgn kelajuan 21.6 kmsj. Ini bermakna kelajuan Adam = 21.6 x 15 = 324 kmsj..! Jika anda berlari dgn kelajuan 9.5 saat utk 100 meter, anda telah berlari dgn kelajuan 22.68kmsj - yg bermaksud kelajuan Adam akan menjadi 340.2kmsj...! Ini adalah kelajuan jentera F1...! 



Apakah kelajuan jentera F1? Sebelum 2012, jentera F1 boleh mencapai kepantasan 360 hingga 384kmsj lantaran menggunakan injin 3 liter. Pecutan dari 0-100kmsj ialah 2.6 saat. Tetapi pecutan 0-300kmsj ialah 10.6 saat. Jadi, siapa lebih laju? Adam atau jentera F1? Kalau kita menggunapakai kelajuan purata Usin Bolt (38kmsj) sebagai asas kiraan, kelajuan Adam akan mencapai 38 x 15 = 570kmsj...! Tapi hari ini injin F1 sudah dikecilkan kpd 1.6 liter dan kelajuan makimum ialah 320kmsj sahaja..

Ini bermaksud Adam lebih pantas dari supercar terpantas dunia yg hanya mencatat kelajuan 550kmsj.. Manakala "bullet train" terpantas dunia ialah 574kmsj dgn kelajuan purata 360kmsj. Jika Adam berlari dgn kelajuan 44.7kmsj, beliau akan memecahkan segala rekod kelajuan jentera konvensional (tidak termasuk jentera yg sengaja dicipta utk maksud mengatasi kelajuan bunyi oleh pengila-penggila prestasi jentera) - iaitu 670.5kmsj....! Kelajuan ini sudah menghampiri kelajuan cruise kuasa jet - iaitu Mach 0.8 (981 kmsj)...!




BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN ADAM?

Anda sudah faham betapa hebat dan istimewanya manusia Adam. Mari kita lihat apa lagi yg boleh dilakukan oleh Adam - tanpa perlukan sebarang bentuk teknologi kejenteraan pun dalam kehidupannya yg panjang itu. Kita akan lihat perkara ini dalam bab selanjutnya....!

No comments:

Post a Comment

NABI ADAM VS TEKNOLOGI - SATU ANALISIS RINGKAS (BAB 2)

 (Sambungan dari BAB 1) BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN PERJALANAN NABI ADAM? Mengapa kita perlu tahu tentang ini? Agar kita dapat membuat suatu a...