Monday, December 21, 2009

TAHYUL DAN REALITI

Persis kehilangan modal dan idea. TV dan pawagam tempatan dilambakkan oleh cerita-cerita hantu, saka, santau, sihir, puaka dan apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Kita dihidangkan dengan adegan pertarungan antara manusia dengan syaitan, pak lebai berkonflik dengan jembalang, manusia normal bertukar menjadi orang minyak lantaran kuasa dan putus asa dan sebagainya lagi.

Seolah-oleh dunia hampir menjadi tempat tidak selamat. Pukau, santau, saka dan perbomohan menjadi alat permainan hidup. Malah menjadi senjata dalam mencapai kejayaan duniawi. Kisah Mona Fendi masih belum lekang dari ingatan masyarakat MELAYU. Adegan-adegan brutal, penyembelihan, penyemahan darah bayi atau jenin menjadi sesuatu yang dipertontonkan. Khurafat terus menjadi alat mainan. Alat untuk mencipta kekayaan yang cepat dan hebat oleh karyawan-karyawan yang kononnya memperjuangkan seni dan budaya Melayu!

Apakah ini cerminan masyarakat Melayu? Hantu, jembalang, hasutan, cemburu, iri hati, sihir dan sebagainya merupakan ramuan tradisi bangsa Melayu? Yang perlu diketengahkan semula demi kelangsungan budaya, warisan keilmuan dan intelektual orang-orang Melayu?


Dan, kita cukup hebat apabila berjaya mengaitkannya dengan beberapa bait ayat-ayat Allah - sebagai slot khas demi memastikan filem, drama atau karya-karya berkenaan "lulus" untuk tayangan umum? "Lulus" untuk dikomersialkan? "Lulus" untuk buat duit?

Hantu, syaitan, jembalang dan pontianak berada dimana-mana sahaja. Hanya menantikan waktu dan peluang untuk melakukan "serangan" keatas sesiapa yang diingininya. Adakah benar begitu? Jika BENAR, sudah berapa ramai manusia yang mati dicekik jembalang? Sudah berapa ramai yang mati lantaran darahnya dihisap kering oleh pontianak? Sudah berapa ramai yang jatuh bankrup lantaran wang dan harta-bendanya di curi oleh toyol-toyol wak lebai yang kononnya mengimport toyol-toyol itu dari Mekah?


Apakah ertinya? Untuk membangkitkan keinsafan? Atau, menebalkan lagi kesesatan dan penyelewengan terhadap aqidah suci Islam? Mencelaru dan menjahanamkan lagi pegangan tauhid orang-orang Islam? Sebagaimana, filem-filem bollywood yang kerap mempertontonkan berhala dan filem hollywood yang mempertontonkan salib, kita juga tidak kalah dalam mempertontonkan kesesatan dan kekhurafatan kepada masyarakat awam? Dengan tanggapan bahawa orangramai sudah cukup matang dan memiliki otak yang licik untuk mematah serangan-serangan aqidah dan menapis apa yang difikirkan sesat lagi menyesatkan?

Sesungguhnya, ia tidak semudah itu. Suara-suara syaitan dan iblis yang tidak henti-henti menaburkan dakyah dan janji-janji manis akan terus memporak-perandakan jiwa seseorang individu Muslim. Ini, semua sudah tahu. Sebagaimana janji iblis sewaktu dicampak keluar dari Syurga. Iblis telah berjanji untuk menyesatkan setiap keturunan anak Adam hingga hari Qiamat. Dan, itulah yang diperlakukannya, sejak dahulu hingga sekarang. Sampai Qiamat! Dan, jangan sampai kita yang menjadi jentera gerakan-gerakan yang menyesatkan itu!

Kita bukanlah mahu menolak kewujudan makhluk-makhluk ini. Kita sekadar digalakkan mengetahui bahawa benda-benda ini memang wujud sebagaimana sebahagian dari penghuni alam raya ini. Tetapi, kita ini, - manusia - sebagai makhluk yang telah diberikan kemuliaan serta rupa paras paling indah dikalangan makhluk-makhluk ciptaan-Nya, kita sepatutnya berterimakasih serta tunduk dan patuh kepada-Nya. Bukan kepada syaitan, iblis, langsuir, bunian, jin atau toyol! Bukannya meminta tolong kepada makhluk-makhluk yang lebih rendah martabatnya ini (daripada manusia), sebagaimana amalan animisme, musyrikin, pawang-pawang dan lain-lain. Ini boleh menjatuhkan kita ke dalam jurang syirik dan kesesatan yang amat jauh!

Pernahkan Nabi s.a.w suruh kita hebatkan atau perbesarkan hantu? Atau jin? Atau apa-apa sahaja makhluk yang wujud di alam semesta? Tidak pernah. Tetapi mengapa? Mengapa kita cuba menggalakkan ini? Mengapa harus dipapar dan dipromosikan dengan semahu-mahunya melalui filem, drama atau apa-apa sahaja media? Sebagai suri teladan? Teladan yang bagaimana? Bukankan para peragut lebih banyak membunuh berbanding hantu atau puntianak? Dan, pernahkah anda mendengar kisah puntianak mengamok dimana-mana dan membunuh sekian banyak orang? Jika ada, ini bererti George Bush atau Hitler adalah adipontianak, "supervampire", atau bapak segala pontianak dan hantu jembalang di muka bumi ini. Lantaran mereka telah membunuh beratus malahan ribuan nyawa yang tak berdosa tanpa sebarang ikhsan!

Tanyalah diri sendiri. Dimana letaknya akal kita? Kemana mahu dibawa seni dan budaya kita ini (jika ada seni dan budaya...). Apakah kiblat kita? Apakah yang sebenarnya agenda strategik yang mahu diketengahkan oleh para "ibu dan bapak" seni sekalian? Seni ialah kehalusan, kelembutan, keindahan. Bukannya kebuasan, kedasyatan, kesesatan. Apatahlagi kepalsuan, khayalan, kesyaitanan. Mengapa fileh hindi kerap mengetengahkan slot penyembahan berhala, adegan di kuil, adegan-adegan penuh kesyirikan?

Dan, mengapa hollywood gemar sekali memaparkan gereja, salib, ateisme, freemasonisme, freethinker..? Steven Spielberg (bukan sekadar beliau, tapi ramai lagi karyawan-karyawan zionis-yahudi yang mendominasi hollywood) paling rajin membuat eksperimentasi tentang kekuatan - seolah-olah tiada lagi kuasa lain yang mampu mengatasi kuasa "hero" dalam filem-filemnya. Apakah ertinya ini? Ertinya, seboleh mungkin, beliau mahu manusia melupai dan mengengkari tentang wujudnya "TUHAN" bagi alam semesta ini! Seolah-olah dunia dan alam semesta ini digambarkan sebagai tidak bertuhan. Demikianlah halus dan tajamnya propaganda para orientalis dan pendokong-pendokong zionisme dunia.

Jangan sekadar merenung, tapi bukalah minda dengan seluas-luasnya. Pertajamkan renungan itu. Dan, fikirkanlah dengan serius. Mengapa kita diciptakan? Untuk mengagongkan siapa? Untuk tunduk kepda siapa? Dan, untuk menjadi hamba kepada apa? Kemanakah arah kita? Dan, dimanakah nanti kita akan berakhir? Biar hanyut dilanda ombak, tapi, jangan hanyut dilanda khayalan-khayalan yang menyesatkan. Wassalam.

Friday, June 26, 2009

BUDAYA MENJAJAH DAN TERJAJAH

Apabila kita kehilangan jati diri atau langsung terlupa untuk memikirkan makna atau pentingnya budaya dan cara hidup, kita akan mudah terperangkap. Apatah lagi jika kita tidak kenal serta berminat untuk mendalami asal-usul budaya sendiri. Maka akan mudahlah pengaruh luar membenamkan rahangnya serta mengembangbiak benih budaya dan cara hidup mereka yang sesat di rantau ini. Fenomena ini jelas terjadi di Filipina dan Indonesia dimana sebahagian besar orang-orang Melayu yang pada mulanya berpegang pada Islam dimurtadkan menjadi nasrani, ateis, free-thinker dan sebagainya hingga hari ini.

Senario ini juga sudah menjengah dan merebak di daratan Tanah Melayu. Kes Azlina Jailani (Lina Joy) adalah sebagai contoh termudah. Ada juga yang sanggup menjadi hindu atas alasan cinta. Bagaimana tentang ateis dan freethinker? Apabila Mufti Negeri Perak Dato' Seri Harussani Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250 ribu umat Islam murtad di Malaysia (termasuk 100 ribu orang Melayu yang mengistiharkan keluar agama Islam), apakah maknanya ini? Kemanakah perginya penceramah-penceramah handalan kita? Wajarkah fenomena ini dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan yang berkesan dan berani?

Ini angka tak rasmi tahun 2007. Menurut Harussani lagi, 100 ribu orang sedang membuat permohonan menunggu kelulusan murtad. Demikianlah hebatnya umat Melayu kontemporari serta penderhakaan mereka terhadap tunggak budaya Melayu, iaitu Islam. Ini tidak termasuk individu yang langsung tidak kisah bersolat, berpuasa, takkabur menentang hukum-hukum Islam serta bangkit menubuhkan pelbagai kelab serta NGO kononnya atas platform Islam. Keadaan ini dinamakan budaya menjajah. Dan yang terjajah ialah roh Islam dalam diri individu dan ummah. Mereka seolah-olah tidak tahu bahawa perlakuan serta tindakan durhaka itu bisa menyebabkan iman mereka tercabut.

Penjajah aqidah bukan semestinya muncul dari luar lingkungan masyarakat ini. Lebih berbahaya kalau ia muncul di tengah-tengah pusat masyarakat itu sendiri. Diperkukuhkan oleh jaringan dan ledakan informasi yang di luar batasan dan samasekali gagal dikekang. Pada setiap detik ada sahaja umpan-umpan segar dihulurkan melalui pancing-pancing materialism. Dan orang menjadi buta mata dan hati apabila termakan hidangan lima bintang yang disajikan itu. Semudah itu mereka menjual agama demi seteguk madu yang amat beracun.

Yang rugi ialah kita. Kurikulum pendidikan yang gagal memperjelaskan hakikat atau makna budaya yang sebenar semakin meruncingkan situasi. Anak-anak di sekolah, kolej dan institusi-institusi pengajian tinggi mungkin masih beruntung kerana boleh mempelajarinya secara langsung atau tidak langsung dari guru-guru, pensyarah atau ilmuan yang dedikasi di sekeliling mereka. Bagi golongan yang terbuang dan terpinggir, mereka kehilangan segala peluang kecuali jika ada ikhtiar untuk menyedarkan diri masing-masing.

Tambah mengharubirukan, kudis serta pekong lama masih belum sempat dipulihkan lagi. Sepanjang tahun 2005, seramai 32 ribu orang penagih dadah telah dikesan di seluruh negara. Mereka terdiri daripada 15 ribu penagih baru dan 17 ribu penagih lama. Jumlah penagih berdaftar yang terkumpul di seluruh negara mulai 1988 hingga 2005 adalah seramai 289 ribu orang. Manakala bilangan penduduk Malaysia yang dijangkiti HIV & AIDS ialah 51 ribu. Seterusnya jumlah pelacur di Malaysia pula dianggarkan seramai 142 ribu dimana mereka bukan sahaja beroperasi di bandar-bandar besar tetapi turut beroperasi di pekan-pekan kecil.

Dalam pada itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula telah mendaftar seramai 70 ribu anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003. Berdasarkan statistik mengikut agama, anak luar nikah dari orang Islam adalah yang paling ramai didaftarkan - iaitu 30 ribu orang. Jadi, apa ertinya semua ini kepada anda? Statistik yang canggung?

Kita baru sahaja memperkatakan salah satu sudut kecil dari cabang budaya yang cukup besar dan kompleks. Pun begitu, isu murtad misalnya - dimensinya sangat meresahkan. Kitaran ganas murtad mulai menjadi semakin parah apabila ia bukan sahaja meragut akidah si jahil, tetapi mula menjengah dan memamah iman individu yang sudahpun memiliki asas agama yang kukuh. Usah lupa kepada kisah Noraisyah binti Hj Bukhari yang akhirnya murtad. Beliau adalah seorang muslimah yang lahir dari keluarga yang kuat beragama. Bukan sahaja mahir membaca al-Quran tetapi mampu menghafaz surah yasin. Manakala bapanya adalah seorang guru agama. Namun berakhir dengan murtad.

Demikian juga kes Siti Mariam binti Mohd Ismail. Beliau pada awalnya seorang wanita Islam yang bertudung labuh (sebagai lambang kewarakan) namun berakhir dengan murtad. Jika mereka yang bertudung labuh mampu diruntuhkan aqidahnya, bagaimana dengan mereka yang mengamalkan cara hidup sekular dan yang suka memperlekehkan cara-cara tradisi? Apakah jaminan yang ada terhadap aqidah mereka?

Dengan munculnya pelbagai rancangan realiti dan karnival-karnival seni hiburan yang menjanjikan berbagai jenis habuan ditengah-tengah masyarakat, tampaknya kita semakin bertambah hanyut. Apakah yang sebenarnya dijanjikan oleh rancangan-rancangan ini? Pakej hadiah lumayan atau keruntuhan aqidah? Atau kedua-duanya sekali? Tepuk dada tanya selera. Generasi muda yang masih hijau mudah terkulai lantaran dadanya yang kosong tanpa ilmu dan cahaya. Ruang gelap yang ditempuhi akan menjadi bertambah sempit dan menyesakkan.

Ditengah-tengah kekalutan ini muncul pula si dajjal yang menggelarkan diri sebagai Kumpulan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan Kumpulan Artikel 11 kini bergerak aktif dengan mengadakan seminar dan forum rakyat bagi mempromosi konsep hak kebebasan beragama. Mereka juga turut memperjuangkan agar semua jenis kes termasuk kes agama seperti murtad dan sebagainya tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah tetapi di mahkamah awam.

IFC dalam objektif penubuhan mereka jelas menunjukkan perjuangan mereka ke arah memurtadkan ummat Islam di Negara ini. Amat malang sekali wujudnya di kalangan penggerak kumpulan-kumpulan kebebasan beragama ini adalah terdiri daripada mereka yang mengaku berpegang beragama Islam. Ini terserlah melalui beberapa tuntutan karut dan sesat yang dipinta oleh mereka, antaranya:

1. Seseorang anak yg dilahirkan oleh Ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang–orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam, hendaklah memberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama seseorang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami Isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam, hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan tertentu.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan secara umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Haruskah kita berdiam diri? Lantas membiarkan syaitan-syaitan dalam bentuk manusia ini membutakan hati masyarakat sebelum membenamkan pedang berbisanya ke dalam jantung kita?

Tuesday, March 31, 2009

MELAYU DAN BUDAYA

Jika kita membuka polemik berhubung budaya Melayu, pasti penghujahannya tidak akan berkesudahan. Bermula dengan orang mempersoalkan makna atau definasi bagi perkataan "Melayu". Terlalu banyak teori berlegar disekitar perkataan itu. Mujurlah ia telah diringkaskan oleh Perlembagaan negara. Jika tidak, argumentasi pasti tidak mengenal noktah.

Melayu, sebagaimana Cina atau India, adalah salah satu suku bangsa yang menetap dan mengamalkan cara hidup serta falsafah yang seragam. Dan suku bangsa ini memang telah ditakdirkan wujud di rantau Nusantara (the Malay Archipelago) yang mencakupi beberapa wilayah dan kepulauan utama di Asia Tenggara. Dalam memperjelas makna Melayu dan Nusantara, Wikipedia Encyclopedia mengungkapkan:

The concept of a “Malay race” which included the people’s of Indonesia, Malaysia, and the Philippines was put forward by European colonialists due to their observations regarding the influence of the Malay empire, Srivijaya.[2] Nineteenth century naturalist Alfred Russel Wallace used the term “Malay Archipelago” as the title of his influential book documenting his studies in the region. The region known as Maritime Southeast Asia is more or less coextensive with the Malay Archipelago, and refers to the island nations in the region including.

There are arguments for excluding Papua New Guinea for cultural and geographical reasons: Papua New Guinea is culturally quite different from the other countries in the region, and the island of New Guinea itself is geologically not part of the continent of Asia, as the islands of the Sunda Shelf are (see Australia). The archipelago is sometimes also known as the “East Indies”, particularly in the European colonial era, but broader definitions of the “East Indies” include Indochina, the Indian subcontinent, and even areas as far west as Iranian Baluchistan.The people of the archipelago are predominantly from Austronesian subgroupings, and all correspondingly speak western Malayo-Polynesian languages. Also, this region of Southeast Asia share more social and cultural ties with other Austronesian peoples in the Pacific than with the peoples of Mainland Southeast Asia.

Often, the mainland part of Malaysia, which is known as Malaya, is included as part of Maritime Southeast Asia in order that all the non-Oceanian Austronesian peoples can be included together in one cultural region. The main religions in this region are Islam, Christianity, Buddhism, Hinduism and traditional Animism.

The Malay Archipelago and Maritime Southeast Asia are names given to the archipelago located between mainland Southeastern Asia (Indochina) and Australia. Located between the Indian and Pacific Oceans, the group of 20,000 islands is the world's largest archipelago by area. It includes the countries of Indonesia, the Philippines, Singapore, Brunei, Malaysia, East Timor, and most of Papua New Guinea.

Sarjana barat Anthony Reid mempunyai kupasan yang hampir serupa mengenai Melayu dan Nusantara sebagaimana berikut:

The term Melayu is very ancient, in a sense which appears to apply to a place in Sumatra or possibly the Straits of Melaka region more generally. (7) Ptolemy, the second-century (CE) Egyptian geographer, inserted the toponym 'Melayu Kulon' (west Melayu, in Javanese) on the west coast of his Golden Khersonese, thus somewhere near the southern border of Burma today. The twelfth-century Arab geographer Edrisi also reported 'Malai' as a large island off southern Asia full of gold, spices, elephants and rhinoceros. (8) In Chinese records, beginning with Yijing in the seventh century, 'Malayu' appears as a more specific kingdom to the north of Srivijaya, absorbed into the latter in the 680s. The Tanjore inscription of 1030 and Marco Polo around 1290 also identify 'Malayur' as one of Sumatra's ancient kingdoms.

Most specific are the references of the fourteenth-century Javanese texts, Pararaton and Nagarakertagama, to the Pamalayu, or the expedition to conquer the great Sumatran kingdom of Malayu decreed in 1275 by King Kertanegara of Singasari, though perhaps not undertaken until some decades later. (9) By this time Malayu, probably centred primarily in the Jambi area, had definitely taken over the mantle of Srivijaya, even if Chinese imperial records in their conservative way went on using the term Srivijaya after it had disappeared on the ground.

Malay-language sources themselves are surprisingly obscure about the heritage of Srivijaya or Malayu. They do not use these terms, but cite Bukit Siguntang as the place of origin of their kings. There is a small sacred hill by this name in the modern city of Palembang. Although today graced only with Islamic graves of much later date (and some bizarre contemporary fantasy structures), this is presumed to be the sacred site of Srivijaya/Malayu. The Sejarah Melayu gives Malayu only as the name of a small river said to originate near this hill and flowing into the Musi (though it is in Jambi, not Palembang, that modern maps show a Sungei Malayu flowing into the Batang Hari at precisely the point of the ancient ruins). Other than this the Sejarah Melayu uses the term Melayu sparingly, in most cases as an adjective for kings (raja-raja Melayu) or for custom (adat Melayu), or to indicate the line of royal descent from Bukit Siguntang. (12)

When Melaka is shown in conflict with Siam, Majapahit and other states, their opponents are orang Siam (Siam people) and orang Jawa, but the home team is usually orang Melaka. Once Melaka is firmly established as a Muslim kingdom, however, the term orang Melayu begins to appear as interchangeable with Melakans, especially in describing the cultural preferences of the Melakans as against these foreigners. (13) When describing the defence of Melaka, the Sejarah Melayu refers as usual to the struggle of the orang Melaka, but when the king is wounded in the hand he strikingly holds up his wound and says, 'Hai, anak Melayu, lihat-lah' (Hey, Malays, look at this).(14)

This seems to reinforce the idea that what Brown translates as 'Malays' are seen in the text as the clients (anak) of the raja Melayu. By the end of the Melaka sultanate, it appears, Melayu had become a way of referring to the minority of the Melaka population who had lived there long enough to speak Malay as a first language and to identify with the sultan as his loyal people.

Teori-teori ini bukanlah tidak memiliki asas kukuh untuk diterima pakai. Malahan golongan ini turut menjadikan teks Sejarah Melayu sebagai sumber rujukan penting dalam mengenal "Melayu". Sejarah Melayu memang banyak mengungkapkan sesuatu yang berharga walaupun ia kerap bergelimangan dengan unsur-unsur fantasi dan mitos hingga menjejaskan nilai pensejarahannya.

Melayu, walaupun sejarahnya tidak sepanjang bangsa Arab, Cina, Parsi atau India, masih perlu memiliki kesedaran terhadap jati diri. Jangan sampai dikatakan orang "Melayu" cuma tinggal "baju Melayu" atau bahasa persuratan serta pertuturan yang sumbang digunakan (akibat kelalaian sendiri). Dan Melayu bukan muncul dengan kemunculan kesultanan Melaka. Malah kesultanan Pasai-Acheh yang wujud lebih awal dari itu adalah merupakan kesultanan Melayu (kerana mengamalkan Islam).

Mungkin tidak keterlaluan jika ditegaskan bahawa pengasingan antara Melayu dengan Melayu Proto ialah pengamalan Islam dalam kehidupan masyarakat yang pada awalnya mengamalkan budaya hindu, animisme dan pelbagai unsur jahiliah lainnya. Representasi Islam sebagai prinsip asas memperlengkapkan definisi Melayu sebagai Melayu. Dengan hujahan ini maka apa-apa yang selain dari lingkungan ini mungkin secara umumnya disebut sebagai masyarakat Nusantara (yang semestinya pelbagai) yang kebetulan wujud dan berkembang-biak di rantau itu.

Kekuatan dan kebangkitan "Melayu" itu sendiri berakar-umbi pada agama Islam yang berkembang di rantau ini. "Alam Melayu" atau "Masyarakat Malaysia" yang digunakan silih berganti dengan Nusantara pada amnya adalah subjek yang serupa. Beda cuma pada bunyi dan ejaannya sahaja. Perkembangan Islam yang merentasi dunia sebelah sini telah menamatkan dominasi empayar-empayar hinduisme Srivijaya, Gangganegara dan Singasari.

Pun begitu, budaya-budaya hindu, buddisme dan animisme yang datang lebih awal masih mengental pada sesetengah suku-kaum yang mengakibatkan corak budaya Melayu di peringkat awal berbaur dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan non-Islamik. Perkara ini jelas tergambar dalam teks Sejarah Melayu. Hanya sesudah merdeka kita berpeluang menilai semula mutu budaya dan konsep Melayu yang cuba dibangunkan kembali.

Agak malang bagi masyarakat Melayu di Filipina. Serangan aqidah yang ditaja oleh penjajah Sepanyol telah samasekali merombak empayar Melayu Islam di sana dan menukar mereka menjadi kaum nasrani. Ini merupakan suatu tragedi yang amat menyayat hati. Kecuali segelintir kelompok Islam warisan kesultanan di selatan Mindanao, hampir keseluruhan kepulauan bahagia timur dan utara negara tersebut telah berjaya dikristiankan oleh Sepanyol dan diperkukuhkan oleh Amerika Syarikat sebelum memerdekakan negara tersebut sebagai negara nasrani (walaupun pada asalnya ia sebahagian dari Alam Melayu).

Serangan demi serangan yang silih berganti dari para penjajah telah secara tidak langsung meluntur gagasan budaya Melayu Islam yang tulin. Kristianiti bukan sekadar mendarat di Filipina, malah sebahagian besar kepulauan Indonesia. Lantaran itu, budaya Melayu berhadapan bukan sekadar unsur-unsur mistik hindu-buddha, malah budaya nasrani turut menggentingkan situasi. Kristianiti sehingga kini telah berjaya menyelinap dalam masyarakat Melayu Malaysia yang mensasarkan golongan muda terutamanya profesional dan terpelajar. Gerakan "Sister In Islam" contohnya amat sulit hinggakan ramai yang terpengaruh dengan konsep liberal-sekular yang cuba ditaja dan ditanamnya dalam jiwa masyarakat Melayu yang kian luntur aqidahnya.

Dalam situasi dimana budaya Melayu semakin suram, kabur dan terumbang-ambing dilanda gelombang modenisme yang berselaput hedoisme serta pelbagai budaya sesat, kekuatan untuk survival terletak didada setiap individu yang masih mengakui dirinya sebagai Melayu dan tegar berpegang teguh kepada epistemologi Islam. Bagaimanakah ini bisa dicapai kalau masyarakat enggan mendalami konsep budaya Islam itu sendiri?

Perlu diingat iaitu budaya Islam bukan bermaksud budaya Arab, Farsi, Andalusia atau mana-mana budaya yang berasal dari Timur Tengah. Konsep budaya Islam itu sendiri perlu difahami secara jitu. Jangan sampai kita beranggapan sesuatu yang berbentuk serban itu ialah Islam. Sesetengah kaum di India memakai songkok tetapi mereka beragama hindu dan penyembah berhala. Kaum Sikh memakai serban tetapi mereka memuja Guru Nanak. Orang yahudi memakai kupiah tetapi mereka merupakan bangsa yang paling menderhaka kepada Allah Taala sebagaimana dijelaskan dalam Al Quran. Jadi, apakah asas budaya Islam yang wajar diintergrasi dan diamalkan sebagai budaya Melayu?

Amalan-amalan yang dianggap seni-budaya seperti tarian-tarian, fesyen berpakaian, nyanyian-nyanyian serta peralatan musik yang mengiringi belum tentu menggambarkan budaya sejati bangsa Melayu. Demikian juga genre-genre sastera klasik dan modern yang diajarkan di sekolah atau universiti - mungkin hanya "Melayu" pada bahasanya sahaja. Kesusasteraan klasik khususnya, pengaruh-pengaruh Arab, Farsi, Sanskrit serta hindu amat jelas. Unsur-unsur mistik, mitos dan lagenda memang padat. Dan, kesusasteraan Melayu modern juga tidak kurang hebatnya. Penulis-penulis modern banyak menceduk gaya serta unsur-unsur dari barat terutama dalam penggunaan perkataan dan ekspresi. Sastera Melayu Indonesia misalnya padat dengan penggunaan istilah-istilah Belanda selain Inggeris. Jadi, apa itu kesusasteraan Melayu tulin? Dan, apa itu seni dan budaya Melayu sejati?

Apakah Melayu memang memiliki seni-budayanya sendiri? Atau, selama ini "budayawan" atau "seniman" dari pelbagai lapisan generasi telah menciplak seni dan budaya orang lain? Dan, adakah perilaku "menciplak" itu baik dan mulia untuk dijadikan amalan hidup? Atau, ia sekadar menggambarkan sikap malas serta sambil-lewa kita terhadap realiti bangsa ini? Adakah kita akan meneruskan perangai "take for granted" generasi terdahulu terhadap persoalan seni dan budaya? Atau kita akan meneruskan mentaliti "copy and paste" atau "cut and paste" yang telah pun diwujudkan wadahnya oleh orang-orang terdahulu?

Monday, March 30, 2009

PENGERTIAN BUDAYA


Kecelaruan budaya terkini dalam masyarakat kita harus dianggap sebagai cabaran kritikal. Sebelum kita benar-benar hilang budaya, langkah paling drastik amat perlu. Risiko perlu diambil. Sebagaimana si saudagar, meraih untung dari pengambilan risiko. Semakin besar risiko, semakin banyak laba ditagih. Mempertahankan budaya tak ubah seperti berniaga. Tapi budaya apa yang mahu dipertahankan?

Pengertian budaya terlalu mudah, iaitu BUDI + DAYA. Budi bermaksud sesuatu yang positif, mulia, baik untuk diamali dan perlu dipertahankan. Daya ialah faktor yang menggerakkan sesuatu ke arah tertentu. Apabila daya digembling dengan budi maka hasilnya, insyaallah, bakal positif. Memang perlu ada "force" yang perlu merangsang kepada amalan yang baik. Dan "force" itu bermula dari dalam diri individu membawa kepada pengelompokan yang lebih besar. Diperluaskan ke seluruh pelosok petempatan, negeri dan negara.

Kita pernah mendengar perkataan "akalbudi" atau "budibicara" (prerogative). Mengapa perlu "akalbudi"? Dan mengapa pula ada "budibicara"? Kenapa perlu diselitkan "budi" pada perkataan-perkataan berkenaan? Mengapa orang sekarang gemar menggunakan ungkapan-ungkapan seperti itu dalam persuratan moden? Sekadar permainan bahasa atau menyedapkan sebutan semata-mata? Atau untuk merangsang telinga dan otak si pendengar?

Pun begitu budaya tidak semestinya menggambarkan realiti sebenar dalam masyarakat. Dan ia juga tidak akan membawa mesej bahawa sesuatu kaum atau masyarakat itu sungguh baik, bersopan santun, penuh karisma, mulia atau lebih tinggi darjatnya dari yang lain. Sebaliknya ia mungkin sesuatu yang cukup berkonflik dengan budaya masyarakat yang lain. Sebagai contoh, protokol raja-raja di barat tidak sama dengan protokol raja-raja Melayu kecuali jika terjadi amalan fotokopi sesama mereka. Begitu juga dengan budaya samurai di Jepun samasekali terpisah dengan budaya koboi di Amerika Utara. Budaya Islam mengharamkan penyembahan manusia dan patung sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kafir. Jelaslah bahawa budaya adalah suatu terminologi yang cukup luas dan penuh kontradiksi.

Negara ini pernah mencipta apa yang digelar sebagai "Dasar Kebudayaan Kebangsaan" yang berteraskan kebudayaan Melayu. Gagasan ini tercetus hasil dari Trajedi 13 Mei 1969 yang memperlihatkan peristiwa berdarah konflik kaum di seluruh negara. Sentimen perkauman yang dikatakan dipromosi oleh Parti Komunis Malaya dan direstui parti-parti pembangkang pada ketika itu telah membangkitkan suatu perasaan asabiah yang melampaui garis kaum dan puak.


Pemerintah dibawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) terpaksa mewujudkan beberapa akta dan dasar-dasar penting demi menangani situasi dan senario sosiopolitik negara pada ketika itu. Selain Rukunegara, Akta Hasutan, ISA, DEB, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan berbagai macam peraturan lain, Dasar Kebudayaan Nasional (DKN) turut digubal. Objektifnya ialah memperkukuh integrasi kaum yang tercalar dek kisah 13 Mei 1969.

Soalnya, sejauhmanakah DKN telah difahami, diperluaskan, dihayati dan diimplementasi? Orang lebih banyak bercakap soal DEB dan ISA hingga menjadikannya sebagai isu yang dipolitikkan. Masyarakat lebih gemar membicarakan soal politik wang, harga minyak, harga barang dan macam-macam lagi. Tetapi siapa peduli tentang DKN? Siapa benar-benar serius memikirkan tentang konsep DKN? Mana pergi budayawan-budayawan kita? Apakah yang telah mereka tegakkan? Tiang seri gedung-gedung produksi yang memastikan kekayaan material yang berterusan? Atau mereka juga turut dihanyutkan oleh arus budaya tunggang-langgang hari ini?

Tragedi 13 Mei 1969 sepatutnya menjadi titik-tolak kepada permulaan yang lebih mulia dan mantap dalam kontek budaya nasional. Malangnya sejarah tidak pernah menjadi sumber rujukan penting dalam dunia korporat dan teknokrat sekarang. Budaya hanya menjadi bahan picisan yang terpinggir. Budaya-budaya asing menjadi sulaman terkini yang diutamakan. Budaya yang gilakan wang ringgit dan keagungan materialisme menjadi asas kepada perjuangan budayawan hari ini. Seni bukan lagi untuk seni. Sebaliknya seni ialah untuk kekayaan dan hidup glamor.

Pakaian tradisi Melayu yang diperagakan hari ini hanya sekadar pameran untuk tontonan generasi baru atau pelancong asing. Lagipun, apalah yang ada pada pakaian. Ia tidak lebih dari sekadar pakaian. Corak lama mahupun moden, ia tetap bertujuan serupa - iaitu sekadar untuk di pakai orang. Seni tradisi bukan lagi penentu maju atau mundurnya bangsa atau negara ini. Sains dan teknologi mengatasi semuanya. Jika benar begitu, mengapa negara masih meleset dalam menghasilkan saintis, teknologis dan penyelidik? Apakah sikap dan pendirian sebenar kita terhadap kemajuan sosial? Dan, jangan kita lupa - sains, teknologi dan penyelidikan adalah akar dalam budaya Islam. Tapi, di takuk manakah kita sekarang?

Dan apabila memperkatakan budaya Melayu sebagai teras DKN, ramai yang mengaru kepala kerana tidak nampak dimanakah teras kebudayaan Melayu itu sendiri. Ini kerana budaya Melayu memiliki pelbagai unsur termasuk Islam, unsur-unsur jati setempat, unsur-unsur hindu, unsur-unsur animism dan pelbagai ragam unsur lain dari alam Nusantara. Bagaimana harus kita memperakui sesuatu unsur itu benar-benar jati Melayu? Terlalu sukar. Ditambah dengan kesan kolonialisme yang terlalu panjang di alam Melayu khususnya di Tanah Melayu. Akibatnya, kita tertanya-tanya apakah budaya yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu sebenarnya?

Kalau kita mengambil "way of life" atau cara hidup sebagai budaya, itu merupakan gambaran sikap terlalu mengambil mudah. Tidak mungkin budaya boleh ditafsirkan sebagai way of life. Kecuali jika kita sudah terlalu "take for granted" dan tidak mempedulikan nilai tradisi. Sekiranya kita mengambil cara hidup sebagai budaya, maka rasuah boleh dianggap budaya penting dalam masyarakat moden. Begitu juga dengan kebendaan, sikap terlalu mementingkan diri, nepotisme, kronisme dan pelbagai "isme" lagi.

Bohsia, bohjan dan rempit misalnya semakin "membudayai" golongan muda khususnya yang terpinggir dari arus pendidikan perdana. Samseng jalanan semakin berkembang biak di sekolah-sekolah. Sikap terlalu memilih kerja semakin menghimpit peluang bekerja untuk golongan siswazah mahupun tidak berijazah hingga menyebabkan angkatan buruh asing dan PATI semakin mengembang biak. Apakah ini budaya kita sekarang? Dimanakah silapnya hingga masyarakat semakin kabur dalam mentafsir budaya sendiri?

Pada suatu ketika pernah pemuka-pemuka sosiopolitik memperkatakan soal generasi muda yang kian hilang arah tujuan. Kebimbangan ini memang ada asasnya. Kita tidak mahu Melayu hanya pada namanya sahaja. Malahan Melayu hari ini banyak yang kehilangan bunyi Melayunya. Sebahagian besar barisan artis Melayu memiliki rangkaian nama-nama terlalu asing dari rumpun sebutan Melayu. Anak-anak yang dilahirkan sebagai Melayu hari ini tidak semestinya bernama "Melayu" lagi. Kerana itu sudah tidak penting lagi. Siapa sanggup meletakkan nama "Maimunah", "Melati", "Mawar" atau nama-nama "klasik" seperti itu? Ia sekadar menjadi bahan ketawa bagi "orang-orang moden".

Manusia Melayu hari ini bebas memutuskan apa yang mereka mahu. Tiada siapa boleh menghalang kemahuan itu. Linda Joy yang sebenarnya berdarah Melayu samasekali runtuh akar kemelayuannya apabila berazam menjadi murtad. Kian hari kian keras ranjau yang perlu dihadapi Melayu. Budaya Melayu yang dikatakan menjadi teras DKN kini semakin terpisah jauh dari keanggunan dan penghormatan. Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dalam kebudayaan Melayu kian menghadapi zaman gelap. Anak-anak Melayu sendiri tidak fasih berbahasa Melayu. Apatah yang boleh diharapkan pada yang bukan Melayu? Mungkinkah kita akan menjadi seperti umat Melayu di Singapura yang sudah hilang jati diri dan semangat juangnya atau Melayu di bahagian utara Filipina yang langsung lenyap identiti dan akidah?

Kita sebenarnya terlalu kaya dengan sarjana-sarjana dan cerdikpandai budaya. Tapi apakah yang telah terjadi? Adakah kita sudah kehilangan idea dan wawasan? Semangat juang juga sudah lama terbenam? Dan, kita cuma mengharapkan adanya golongan yang memiliki "kemahuan politik" (political will) untuk bangkit memulihkan keadaan? Adakah kerana seni bukan lagi untuk seni maka kita hanya berupaya memaparkan kerja seni dengan bajet membukit serta tiket tontonan yang terlalu mahal? Adakah kerja-kerja seni hanya dapat dinikmati melalui konsert-konsert atau teater di Panggung Negara? Hanya termampu ditontoni oleh golongan ningrat?

Jika orang bertanya apakah teras kebudayaan Melayu. Jawabannya mudah: Islam. Itulah teras kita. Dalam Perlembagaan telah termakhub bahawa Melayu bermakna seseorang itu Islam, bercakap Melayu dan mengamalkan hidup cara Melayu. Terlalu umum, namun sudah mencukupi dan amat mendalam maksudnya. Oleh itu teras budaya Melayu ialah Islam. Bukan selain dari itu. Dan apabila ia menjadi teras kepada Dasar Kebudayaan Nasional, maka Islam adalah unsur utamanya. Siapa berani menolak? Ini persoalan nasionalisme. Jika mereka menolak, bererti mereka tidak patriotik. Lantaran unsur universal Islam tidak pernah menindas orang lain. Sebaliknya golongan anti-Islam kerap terperangkap dalam jurang prasangka yang melampaui batas.

Kita kerap terbawa-bawa dengan kegilaan berpolitik lantaran pengaruh parti-parti politik. Dan apabila membincangkan halatuju budaya negara, kita mudah tenggelam dihanyutkan oleh isu-isu perkauman yang dibangkitkan oleh pecacai-pecacai politik yang tidak punya maruah diri. Jika kita mengambil sikap yang serupa, maka maruah kita juga tiada bezanya dengan mereka. Bak kata perpatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Dan mampukah kita bertahan kalau media massa perdana menjadi peneraju dalam menyajikan program-program realiti ciptaan barat? Filem-filem dan drama-drama asing kekal mendominasi paparan di kaca tv. Tidak usah bercerita artis-artis asing yang kerap diundang mengadakan konsert atau tentang pengaruh internet dan laman web. Segalanya seakan mendarah-daging dalam tubuh generasi terkini bagaikan Melayu ini sudah mati. Teras budaya Melayu bagaikan terhumban ke dalam longkang. Dasar Kebudayaan Nasional berciciran entah kemana.

Kegilaan kepada glamor, status dan kebendaan. Apa inikah yang merangsang amalan berbudaya kita sekarang? Kalau kita mahu melihat kebangkitan semula "Andalusia" dalam teras budaya ini, tiada jalan yang mudah. Tetapi tidak mustahil. Kuncinya - pulanglah ke pangkal jalan dan berjuanglah dengan penuh kebenaran. Jangan sampai kita dicaci-maki oleh anak bangsa sendiri kelak lantaran bertanggungjawab merosakkan teras ini.

NABI ADAM VS TEKNOLOGI - SATU ANALISIS RINGKAS (BAB 2)

 (Sambungan dari BAB 1) BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN PERJALANAN NABI ADAM? Mengapa kita perlu tahu tentang ini? Agar kita dapat membuat suatu a...