Tuesday, November 6, 2018

KERAKYATAN JUS SOLI


Kegagalan para sarjana sejarah dan sains politik mentafsir konteks MELAYU sebagai TUAN TANAH bagi Semenanjung Melayu serta masyarakat di Borneo Utara telah menyebabkan istilah JUS SOLI (disebut JUS SOLAI) diketepikan dlm sistem kenegaraan hari ini. Rata2 masyarakat (terutama generasi X dan Y yg jadi warga dominan hari ini) kian lupa akan hakikat ranting serta akar yg menjulur keluar dari bumi pusaka Melayu ini.
Kegagalan cerdikpandai sejarah politik meletakkan fakta sebenar ditempatnya (lantaran terlalu pahit utk dikunyah oleh pembela2 ideologi pluralisme dan rasisme) telah menyebabkan buku2 teks sejarah negara hanya menerbitkan perkabaran kabur yg akhirnya menebalkan lagi kejahilan msyarakat terhadap realiti sejarah serta “kesedaran perkauman”.....
Hari ini tidak ramai yg faham makna “Jus soli”. Barangkali mereka akan menyamakan istilah besar ini dgn jus tomato, jus lidah buaya, jus asam limau, jus durian belanda & pelbagai jenis jus yg bersepah-sepah di pasaran. Barangkali mereka fikir ini tidak lain adalah satu konsep terbaru yg coba dikomersialkan oleh pakar bahasa.
Barangkali mereka fikir ini adalah saki-baki dari istilah2 bahasa “baku” yg pernah menjadi topik panas sewaktu Anwar jadi Menteri Pendidikan suatu waktu dahulu. Demikianlah alkisah.... Hatta, jadi, “...who cares what the hell was it...??!!”
Agak sukar disimpulkan. Bagi golongan yg menolak konsep ini - adakah mereka itu merupakan masyarakat massa biasa yg tidak arif politik dan sejarah? Atau - mereka merupakan kelompok penggerak primodialisme yg menjadikan keuntungan politik sebagai matlamat mereka? Bagi golongan primordialist, etnik tertanam dalam sifat biologi yang diwarisi, sejarah panjang perbezaan budaya, atau keduanya.
Identiti etnik dilihat sebagai unik yg dipertahankan dan sebagai faktor eksistensial yang mendefinisikan identifikasi diri dan identiti individu. Kombinasi identiti etnik dan nasionalisme etnik adalah alat yang berkuasa untuk melibatkan kelompok dalam perjuangan politik mereka. Perpecahan etnik dan konflik etnik adalah fenomena yg dianggap sebagai wujud dlm masyarakat berbilang kaum.
Fokus primordialist ialah kpd pengekalan identiti. Oleh itu mereka GAGAL utk mengiktiraf wujudnya keperluan atau ciri2 variasi dalam pembentukan kumpulan etnik samaada yg relatif jangkapendek atau jangkapanjang, yg kuat dan padu dengan akar biologi dan sejarah.
Saya percaya anda akan sukar memahami huraian pendek ini jika anda tidak belajar Sains Politik secara serius... Tetapi permasaalahan hari ini menuntut lebih dari hanya belajar secara teori semata-mata. Bukan semua teori berakhir dgn realiti. Sebagaimana yg berlaku dlm dunia hari ini, demokrasi tidak pernah wujud sebagai demokrasi IDEAL TYPE (jenis unggul). Demikian juga komunisme atau lain2 jenis ideologi - kesemuanya telah dimodifikasikan oleh sang pemerintah di sesuatu negara.
Hari in perbahasan berhubung sistem pendidikan vernakular (atau berasaskan kaum) yg juga disebut sebagai majmuk, dualisme atau pluralisme masih tidak selesai. Pendidikan vernakular yg sudahpun wujud sebelum merdeka ini adalah warisan penjajah dlm usahanya mengekalkan dasar “Pecah & Perintah” (Divide and Rule). Hari ini “dasar” ini diplagiat oleh Amerika pada merealisasi polisi imperialisme dan hegemoni keatas Iraq, Libya, Afghanistan dan beberapa negara lain.. Ini kerana Iraq dan Libya menjamin bekalan minyak mentah yg bersinambungan dan Afghanistan pula menjamin bekalan candu mentah yg termurah bagi Amerika dan sekutu2nya..
Dan, bagi negara ini, mengapa bangsa bukan-Melayu terlalu gencar mendabik dada bila ada cadangan utk menghapuskan sistem vernakular? Bukankah cadangan itu amat baik pada mengukuhkan perpaduan kaum? Adakah mereka tidak suka pada idea integrasi nasional yg diwarwarkan lewat Rukunegara yg tercipta hasil dari Tragedi 13 Mei 1969? Mengapa terlalu cepat melupakan sejarah yg telah meragut ratusan (mungkin ribuan) nyawa dlm waktu tak sampai 72 jam itu?
Jika ditakdirkan krisis itu berpanjangan selama 720 jam sahaja, nescaya lanskap sejarah negara ini mungkin berbeza 360 darjah dari apa yg terjadi sekarang. Jika itu terjadi, mungkin hari ini KETUANAN MELAYU itu benar2 dihormati, benar2 di TAMPUKnya dan sebarang “HAK” orang2 Melayu itu tidak akan berani dipersoalkan oleh sesiapa. Demikian juga dgn HAK masyarakat ISLAM utk mewujudkan sebuah negara yg benar2 berpandukan Al Quran tiada siapa berani perolok-olok & memperlekehkan...!!!
Malang sungguh. Tragedi 13 Mei hanya berlangsung tidak sampai 3 hari. Dan, hari2 yg selanjutnya kaum yg pengecut cepat menghilangkan diri disebalik situasi “perintah berkurung”. Jika ditakdirkan perintah berkurung & dharurat lambat diistiharkan, Sungai Gombak dan Sungai Kelang akan menyaksikan beribu-ribu bangkai manusia yg terbunuh atas dasar assabiah yg paling fanatik dan ekstrim dlm sejarah Malaya modern. Ibukota Kuala Lumpur, Ipoh dan Penang akan didominasi sepenuhnya oleh profesional yg berkulit sawo matang dan beragama Islam....bukan sebagaimana sekarang...!
Ada yg menyoal - mengapa Malaysia wujud sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk? Jawabannya amat mudah. Baca buku sejarah. Atau tanya tok-nenek di hujung kampong. Ataupun, tanya pada “profesor2 bukan-kangkong”.
Memang sulit utk mendalami riwayat negara ini. Ini kerana tidak ramai yg berminat terhadap matapelajaran Sejarah. Jikapun mereka baca sejarah, itu sekedar utk lulus periksa. Selesai peperiksaan, buku2 sejarah itu akan dibuang dlm tong “recycleable waste”. Bukankah begitu...? Ilmu2 sejarah yg dipelajari itu tidak lebih seperti “masuk telinga kanan keluar telinga kiri..”.....!??! Sebab itu, golongan primodialist yg menjadi raja perkauman terus memanipulasi pemikiran masyarakat menerusi segala bentuk wadah media dan macam2 platform lagi....
Hari ini, bersembunyi disebalik tabir Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), pejuang primodialist yg cukup perkauman ini sedang cuba utk menggegarkan tiangseri Perlembagaan Negara - iaitu tidak lain dari hak2 Melayu dan bumiputra, status quo Melayu dan status quo Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Jika ditakdirkan ada dikalangan bangsa Melayu turut bersekongkol dlm perjuangan tersebut, itu bererti nasib Melayu kian berada di hujung tanduk dan hanya menantikan waktu utk rebah ke bumi. Dan, anda perlu sedar, jika Melayu tumpas dlm gelombang politik negara, itu bererti Islam akan turut lenyap dari negara ini. Jika itu berlaku, seluruh ummah akan menanggung dosa paling besar - lantaran enggan berjuang fisabilillah demi menegakkan Islam di NEGARA ISLAM ini...!
Maka. sedarlah wahai rakan2... Kerakyatan JUS SOLI adalah “kontrak sosial” yg hanya “dipinjamkan” kpd kaum2 yg datang dari benua2 masing2... Mereka sudahpun ada negara asalnya sendiri. Bukan seperti kita. Tok-nenek kita memang lahir bertumpah-darah disini sejak dari jenerasi yg lampau. Golongan pendatang itu ada kampong-halaman masing2 di negara masing2.
Tetapi kita - kita memang BERASAL-USUL dari bumi Melayu dan Alam Melayu. Dan, kita ditakdirkan beragama Islam, dan, Insyaallah, hidup dan mati sebagai Muslim mukmin. Oleh itu, jangan sekali-kali kita berlembut dan menonjolkan kelemahan tunduk & akur kpd kehendak2 yg bakal melenyapkan kekuatan ummah...!
Maha Suci Allah. Memang benar. Memang sudah ditakdirkan negara ini wujud dlm senario berbilang kaum - supaya kita saling kenal-mengenal - dan sesungguhnya, yg terbaik dikalangan mereka ialah yg paling bertakwa. Itu benar.
Tetapi suatu perkara yg perlu kita sedari - ianya bukan sekedar isu “kaum”. Yg paling integral & prioriti ialah isu aqidah & bagaimana perlu kita mempertahankan hak Islam dan “HAK” Allah Taala di bumi Malaya ini....!

Saturday, June 2, 2018

KEGIATAN MENGHINA RASULULLAH & ISLAM DI FACEBOOK



Kian hari kian berlambak syaitan-syaitan yg bangkit dlm bentuk manusia menyebarkan ayat-ayat yg menghina Islam & menghina Rasulullah s.a.w. Bukan sekadar melalui blog. Malahan facebook turut jadi PELANTAR bagi mereka mengetengahkan hujah-hujah syirik, mungkar & terlalu kufur. Dan, apakah langkah kita pula? Bangkit bertindak, mengamuk? Atau, sekadar berdiam diri menyimpan amarah sampai ke mati?

Aku pun tidak ketinggalan menanggung beban amarah itu. Kalaulah tubuhku ini terbuat dari kertas suratkabar, mungkin sudah lama aku terbakar hangus. Mujurlah Allah Taala mencipta manusia dgn segala bentuk kesempurnaan & kekuatan serta diperkukuhkan oleh ruh yg ditiupkan. Jadi, aku masih hidup, bernafas (walaupun dlm sesak amarah..). &, kalaulah membunuh itu halal, insyaallah, akulah orang pertama yg akan mencabut nyawa para syaitan itu... sehingga tiada lagi yg berani bangkit menderhaka dgn semahu-mahunya kpd Allah Taala..

Kita sebagai Muslim hendaklah berhati-hati bila berkawan (walaupun melalui facebook..). Malahan facebook lebih merbahaya berbanding fizikal kerana ia bersifat maya (virtual). Ia juga bersifat satu dimensi dlm konteks interaksi (walaupun kita boleh chatting..). Ia kelihatan terlalu "hospitalizing". 

Aku tak menafikan ciri-ciri positif laman facebook. Tapi, bila ia dijadikan pentas serangan aqidah, maka, berhati-hatilah wahai kawan.. Kalau iman tidak kukuh, jangan cuba ambil risiko. Nyahkan diri anda dari serangan-serangan yg boleh membinasakan ini. JANGAN SEKALI-KALI membaca atau melayan apa yg ditulis oleh syaitan-syaitan itu. Anda boleh baca banyak lagi perkara-perkara lain yg lebih berfaedah. &, kalau anda dahulunya "rajin" melayan syaitan-syaitan ini, fikirkan samaada ia memberi faedah atau sebaliknya..

Sebagai manusia Islam, kita sentiasa dituntut utk memperkukuhkan aqidah melalui pelbagai lunas sebagaimana yg digariskah dlm Al Quran & sunnah. Kita juga dituntut supaya memantapkan keilmuan agar dapat membanteras kesesatan yg bermaharajalela didepan mata. Dan, hidup dalam sebuah negara majmuk berkongsi tanah & petempatan dgn golongan penyembah berhala, penyembah nenekmoyang, ahlil kitab yg syirik serta agama-agama sesat lain bukanlah suatu perkara mudah. Ia memang suatu cabaran besar. Sebab itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati. Sentiasa belajar. Sentiasa memperkemaskan iman & aqidah kita. Kalau masih tidak kemas, perkemaskan. Jangan sampai kita sesat ditengah jalan..

Peranan kita sebagai Muslim amat besar. Dan, ia adalah penentu kelangsungan hidup masyarakat & negara ini. Kalau kita bersifat lemah, kerdil & pengecut, nescaya kita akan dipijak-pijak oleh golongan kufur & kafir. Kita perlu berdiri dgn gagah. Bersatu bangkit memperkukuhkan kembali ukhuwah yg kian retak menanti belah. Selama ini kita lemah lantaran asyik berpecah-belah. Perbezaan fahaman politik telah menjadi racun & saka yg terus merenggangkan ummah yg sepatutnya bersatu. Kita terlalu gemar bermusuh-musuhan antara satu sama lain atas nama POLITIK..(??) Lantaran itulah syaitan-syaitan mudah berkeliaran merampas peluang yg ada utk memurtadkan orang Islam.

Hari ini golongan Melayu murtad sibuk menubuhkan NGO demi memperjuangkan "kepentingan" mereka. Dan, kita pula terus hanyut dilanda perjuangan politik kepartian yg kalut..! Tahukah anda bahawa perbezaan politik bertanggungjawab memburukkan lagi hubungan atau ukhuwah Islamiah...?

Kita memiliki tugas yg besar di negara ini. Oleh itu, marilah kita memperkemaskan diri sendiri & ummah. Demi agama. Demi negara. Ws.

SEKSUALITI MERDEKA: SIMBOL DEMOKRASI NEGARA?


Mungkin agak keterlaluan jika DEMOKRASI ditafsirkan mengikut selera sendiri. Memang terdapat banyak MAKNA dan MAKSUD bagi demokrasi. Bergantung pada "cara" ia didefinasikan serta "tujuan" disebalik pendefinasian itu. Mungkinkah pendekatan Machiavelli terguna-pakai dalam konteks ini? Machiavelli ialah tokoh yg mempromosi konsep "TUJUAN MENGHALALKAN CARA".

Hari ini sudah terlalu ramai orang yang "bijak dan pandai" termakan umpanan konsep ini. Kalau dahulunya Machavelli sekadar mencipta teori, "tokoh-tokoh besar" hari ini jadi pengamal dan "penganut" setianya...

Berbalik pada soal DEMOKRASI acuan Malaysia. Disebalik acuan ini, pemerintah terdahulu telah sempat merangkumkannya dengan sub-ideologi penting yg digelar "RUKUNEGARA". RUKUNEGARA akan diikrarkan pada setiap sambutan ulangtahun hari kemerdekaan negara. Semua orang biasa mendengar rangkap-rangkap yg terkandung dalam RUKUNEGARA. Semua orang (termasuk pemuka-pemuka dan pendokong SEKSUALITI MERDEKA..) dipercayai sudahpun HAFAL sepenuhnya prinsip atau rangkap-rangkap itu. Kecuali kalau mereka itu merupakan pendatang asing (tanpa izin atau dengan izin..) atau BUKAN warganegara MALAYSIA tetapi menyeludup masuk dan dapat kerakyatan secara tidak sah..!

Secara ringkas, (dan, untuk faedah mereka yg terlupa..) kandungan Rukunegara adalah seperti berikut:

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Terlalu mudah, bukan? Ramai yang telahpun menghafalnya sejak di sekolah rendah. Apabila di sekolah menengah, ianya seperti dihayati sebagai suatu "ideologi". Dan, sewaktu mendaftar di kolej atau di IPT, barulah kita belajar utk mendefinasi makna-makna yg terkandung dalam setiap rangkap Rukunegara secara lebih mendalam. Hari ini, insyaallah, aku berani berkata bahawa ramai dikalangan kita akan sanggup berbahas dgn sesiapa sekalipun (dalam proses menghayati makna Rukunegara sebagai satu panduan dan tata hidup bernegara di sebuah negara yang bernama Malaysia). Ini kerana ia amat selaras dgn nilai-nilai yg perlu ada dalam sebuah NEGARA ISLAM!

Kembali kepada SEKSUALITI MERDEKA. Hari ini kita semakin kerap menyaksikan golongan yang berlagak ala politikus reaksionari bangkit memperjuangkan sesuatu kepentingan. Hingga tiba pada satu tahap bahawa kepentingan itu amat bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan kemaslahatan sebuah negara ISLAM. Rukunegara telah menetapkan bahawa setiap warga dalam negara ini hendaklah PERCAYA KEPADA TUHAN dan hidup sebagai individu yang memiliki pegangan agama. Oleh itu, golongan anti agama, ateis atau freethinker adalah tidak berhak untuk menggelar dirinya WARGA bagi negara ini. Tetapi, jika mereka sudah hidup beragama (dan PERCAYA KEPADA TUHAN), adakah wajar mereka mengingkari agama mereka dengan memperjuangkan homoseksualisme, lesbianisme, heteroseksualisme..? Atau, adakah mereka sudah hilang akal dan menjadikan homoseksual, heteroseksual dan lesbianisme sebagai "ideologi" dan "agama" (sebagaimana di barat..) serta mengangkat "seks" sebagai "tuhan" mereka....?

Selain itu, kegilaan yang melampaui batas manusiawi terhadap kehidupan seks adalah cukup bertentangan dengan KESOPANAN DAN KESUSILAAN (iaitu prinsip kelima Rukunegara). Golongan yang memperjuangkan agenda sesat ini mungkin terdiri dari golongan freethinker (pemikir bebas yang terlalu liberal dan melihat agama sebagai belenggu kebebasan..) atau ateist yang berselindung disebalik agama-agama tertentu. Tetapi mereka perlu ingat: ideologi negara yang kelima menegaskan tentang kewajipan setiap warga mempertahankan nilai SOPAN-SANTUN serta hidup BERTATA-SUSILA dalam sebuah NEGARA ISLAM yang bernama MALAYSIA ini..!

Jadi, apakah alasan sebenar yang cuba diperjuangkan oleh golongan terkutuk ini..? Atas nama HAK ASASI manusia sejagat? HAK ASASI yang bagaimana? Yang membenarkan lelaki "berkahwin" dengan lelaki atau perempuan "bernikah" dengan perempuan seperti KAUM LUT..? Piagam HAK ASASI yang manakah telah diciplak oleh mereka? Sweden? Belgium? Belanda? Atau, Pompei..?

Dan, atas alasan HAK-HAK SEMULAJADI (natural rights) dalam sebuah NEGARA DEMOKRASI, masyarakat PERLU diberikan HAK untuk menentukan apa mereka SUKA dan apa mereka MAHU..? Maka, negara atau perlembagaan negara perlu MENGHALALKAN apa yang pada suatu ketika dahulu dihukumkan HARAM...? Hatta, NEGARA tidak dianggap DEMOKRATIK jika KEHENDAK-KEHENDAK KEBINATANGAN ini tidak dipertimbangkan...?

Masyarakat dalam negara ini kerap diletakkan di dua persimpangan. Terkadang lebih dari dua persimpangan. Maka, pihak yang telah diberikan 'MANDAT" oleh rakyat utk melaksanakan AMANAH RAKYAT hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik-baik dan setepat-tepatnya. Jangan ada yang dalam hatinya berniat untuk menyeleweng. Kelak buruk padahnya..! Negara ini adalah sebuah NEGARA ISLAM. Islam mengharamkan homosek, heteroseksual, lesbianisme, kawin sejenis.. Islam MENGHALALKAN nikah. Samaada mereka itu beragama Islam atau tidak, undang-undang perkahwinan hendaklah dipatuhi mengikut lunas-lunas yang ditetapkan: Muslim ikut cara Muslim; dan, bagi masyarakat bukan Islam: terpulang pada masing-masing agama.

Perkahwinan sejenis hendaklah diharamkan dari lanskap sosial negara ini. Untuk menentukan perkara ini jelas pada pandangan umum, undang-undang khusus hendaklah digubal, diluluskan dan diimplementasi. Mereka yang menjadi pendokong pada gerakan-gerakan pro-perkahwinan sejenis hendaklah diambil tindakan kerana menyalahi undang-undang agama, budaya dan kesusilaan negara.  Jika masih ada golongan yang ingkar dan masih ingin mengulangi perjuangan sesat ini secara tegar, kewarganegaraan mereka wajar dilucutkan sebagai pengajaran buat semua...!

Negara kita memang berideologi demokrasi. Tetapi, jangan samakan seks bebas atau perkahwinan sejenis sebagai DEMOKRASI. Sebuas-buas buaya sekalipun, mereka tidak akan berkahwin dengan kaum sejenisnya…! Hanya manusia sesat dan gila sahaja yang berani melakukannya…! Ws.



PERAYAAN JADI PLATFORM POLITICKING


HARI INI segala bentuk senjata dan pengkaedahan harus digunakan demi memancing undi. Apa-apa sahaja. Sebutkanlah. Pasti boleh diperalatkan sebagai alat utk meraih simpati orangramai. Situasi sudah kian genting dan mendesak. Semua orang (iaitu si politikus...) berada dlm keadaan “desperado”. Mahu tidak mahu, halal mahupun haram, semuanya jadi…  Apa saja fatwa yg pernah dicanang oleh Machiavelli dahulu perlu digunapakai demi memastikan “aku menang dlm pilihanraya” nanti.

Peduli apa dgn metodologi… Pergi jahanam dgn teori-teori dan falsafah sains politik…. Itu kerja  si sarjana gila atau si saintis politik yg bankrup, bukan kerja sang politikus seperti aku…..…!!! Dan, sedar atau alpa, hari ini masyarakat umum diluar sana menjadi sasaran penting  politikus macam aku…. Lautan orangramai adalah ibarat ikan-ikan jinak (atau liar..…) yg perlu dipancing dan “digulai” oleh partai-partai politik. Banyak atau kurang “hasil” pancingan itu nanti adalah bergantung kpd berapa besar atau “enak”nya “umpan-umpan” yg disuakan. Lagi besar lagi baik….

Bagi partai-partai politik yg miskin atau papa-kedana, tidak banyak yg boleh dilakukan kecuali berserah pada takdir….. Mungkin sudah cukup cantik kalau dapat menangguk anak-anak ikan yg kecil atau sisa-sisa dari pancingan partai-partai yg kaya-raya. Dalam ertikata lain, lagi banyak imbuhan yg dihamburkan kpd orangramai, maka lagi tinggilah peluang utk menang besar dlm pilihanraya nanti. Dalam bahasa yg lebih kasar, lebih banyak rasuah maka lebih hebatlah pencapaian undian. Demikianlah kalau politik wang sudah berakar-umbi dalam jiwa orang yg tergila-gilakan kuasa politik…!

Berbalik pada perayaan dijadikan alat politicking. Hari ini ianya cukup terserlah. Satu Negara sudah tahu. Bangkai gajah boleh disembunyikan dalam lombong. Tapi bangkai pembelitan politik tiada kubur boleh dimuatkan. Ia terlalu besar. Baunya terlalu busuk. Hingga menusuk ke urat-jantung dan nadi. Sesiapa yg terhidu pasti terencat akal buat beberapa “penggal”……. Tidak mungkin terlitup buat dua-tiga generasi mendatang. Demikianlah “jahat”nya amalan politik yg tidak beretika. Katak-katak yg dibawah tempurung pun akan mengumpat-keji disepanjang zaman….

Sudah tidak mengira samaada sesuatu perayaan itu halal atau haram utk diraikan oleh Islam. Semuanya disamaratakan atas nama politik akomodasi. Semuanya menjadi “halal” dan “harus” atas dasar perpaduan kaum. Semua “fatwa” hendaklah dijuruskan kearah itu. Dan, Muslim hari ini hendaklah bersikap akomodatif walaupun ianya bertentangan dgn aqidah Islam…..(?) Muslim hari ini perlu sama-sama meraikan perayaan demi perayaan para penyembah berhala serta golongan kafir yg keras menentang syiar Allah Taala….(?) Atas asas perpaduan….(?) Demi politik….(?) Atau, kita ini memang sudah rosak aqidahnya…..?

Perayaan demi perayaan kini menjadi pentas politicking  yg senantiasa panas-membara. Sang politikus, broker dan para pecacainya bagaikan cacing-cacing yg kepanasan…. Dan, peluang jangan sekali-kali terlepas…. Tidak kira dimana ceruk-rantaunya. Baik dihulu, ditengah atau dihilir. Pastikan segala perayaan itu (samaada halal atau haram…) hendaklah diraikan secara besar-besaran….atas nama POLITIK partisan...! Jangan sampai ada satu pun yg tercicir dari senarai agenda “ yg maha besar”….. Kalau ada yg jatuh berciciran, alamat buruklah padahnya nanti…bakal ada yg “kecundang” dlm pilihanraya mendatangi….! Hatta, maka itu,….ingat PERAYAAN ingat PROPAGANDA POLITICKING”….! Demikianlah pesanan dari “penaja” anda…….!

Begitulah konklusinya. Gunakan sambutan PERAYAAN sebagai platform utk anda memancing sebanyak-banyak undi dan simpati masyarakat massa…. (!?). Lantaran, pada majlis-majlis sebegini “ikan-ikan” yg kebuluran akan menyerbu laju seperti lalat-lalat pelahap yg menyerbu tahi unta atau kaldai yg masih basah dan hangat….!

Oleh itu, wahai “ikan-ikan” sekalian….. anda mesti bijak kalau mahu memakan umpan. Gunakan otak terlebih dulu. Jgn jadi seperti sotong yg mudah tertipu dgn umpan-umpan palsu. Jadilah seperti jerung atau buaya…yg hanya memilih umpan-umpan yg paling besar dan “cukup mengenyangkan”. Hanya buaya atau jerung-jerung tua sahaja memilih umpan ikan bilis…! Dan, jangan lalai. Jika tidak, anda akan disambar oleh “super-jerung”  dan “bujang senang kelas super” yg sentiasa berkeliaran diluar sana….. Juga, jangan pula jadi seperti langau….dimana ada najis disitulah ia akan berkampong……!!



REZEKI SECUPAK BUKAN JADI SEGANTANG

Itu bukan sekadar bidalan purbakala atau omongan kosong. Kadangkala kita lupa bahawa modal atau sumber merupakan kekuatan yang membolehkan kita melebarkan gantang beras kita. Tanpa modal atau sumber, bagaimana mungkin kita mampu memperkembangkan potensi & meningkatkan produktiviti? Dan bagaimana mahu mendapatkan hasil yang lumayan kalau biayanya terlalu kecil atau langsung tiada? 

Mungkinkah ikan yang ditangkap boleh beranak-pinak dalam raga yang dipikul pulang ke teratak buruk kita? Itu cerita matt jenie, kalau bukan mat jenin. Tapi ada yang mengatakan bahawa kita harus menjadi mat jenin kalau mahu jadi kaya raya. Kita perlu jadi si luncai kalau mahu kawin dgn puteri raja. Dan kita perlu jadi pandir kalau mahu hidup diatas landasan yang lurus bendul. Dlm ertikata lain, kita perlu amalkan korupsi kalau mahu menghimpun harta karun. 

Tapi, adakah itu matlamat hidup kita? Menjadi kaya raya? Atau sekadar cukup dengan sehelai sepinggang kais pagi makan petang bagai ayam kampong yang berak kapur? Atau bermewah-mewah dengan dosa hasil dari rezeki yang haram? Dan, wajarkah kita memandang hina pada si malang yang hidup melarat? Merempat dalam gebuk hancing menongkat langit menanti ajal bila mahu tiba? 

Sejauh manakah kita benar2 memperjuangkan untung nasib kita? Dan sejauh manakah pula kita memperjuangkan nasib anak bangsa kita yang kian terkulai? Mungkinkah ada yg terlalu bimbang untuk dicop sebagai assabiyah? Atau kita lebih rela menggadai diri kepada para kapitalis yang sudi bertandang atas nama modernisasi..?

..ini sajalah KDNK aku pada hari ini...bak kata kakcik aku, rezki secupak takkan jadi se lori...! ..benarkahh..?..ini sajalah KDNK aku pada hari ini...bak kata kakcik aku, rezki secupak takkan jadi se lori...! ..benarkahh..?

NABI ADAM VS TEKNOLOGI - SATU ANALISIS RINGKAS (BAB 2)

 (Sambungan dari BAB 1) BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN PERJALANAN NABI ADAM? Mengapa kita perlu tahu tentang ini? Agar kita dapat membuat suatu a...