Saturday, June 2, 2018

KEGIATAN MENGHINA RASULULLAH & ISLAM DI FACEBOOK



Kian hari kian berlambak syaitan-syaitan yg bangkit dlm bentuk manusia menyebarkan ayat-ayat yg menghina Islam & menghina Rasulullah s.a.w. Bukan sekadar melalui blog. Malahan facebook turut jadi PELANTAR bagi mereka mengetengahkan hujah-hujah syirik, mungkar & terlalu kufur. Dan, apakah langkah kita pula? Bangkit bertindak, mengamuk? Atau, sekadar berdiam diri menyimpan amarah sampai ke mati?

Aku pun tidak ketinggalan menanggung beban amarah itu. Kalaulah tubuhku ini terbuat dari kertas suratkabar, mungkin sudah lama aku terbakar hangus. Mujurlah Allah Taala mencipta manusia dgn segala bentuk kesempurnaan & kekuatan serta diperkukuhkan oleh ruh yg ditiupkan. Jadi, aku masih hidup, bernafas (walaupun dlm sesak amarah..). &, kalaulah membunuh itu halal, insyaallah, akulah orang pertama yg akan mencabut nyawa para syaitan itu... sehingga tiada lagi yg berani bangkit menderhaka dgn semahu-mahunya kpd Allah Taala..

Kita sebagai Muslim hendaklah berhati-hati bila berkawan (walaupun melalui facebook..). Malahan facebook lebih merbahaya berbanding fizikal kerana ia bersifat maya (virtual). Ia juga bersifat satu dimensi dlm konteks interaksi (walaupun kita boleh chatting..). Ia kelihatan terlalu "hospitalizing". 

Aku tak menafikan ciri-ciri positif laman facebook. Tapi, bila ia dijadikan pentas serangan aqidah, maka, berhati-hatilah wahai kawan.. Kalau iman tidak kukuh, jangan cuba ambil risiko. Nyahkan diri anda dari serangan-serangan yg boleh membinasakan ini. JANGAN SEKALI-KALI membaca atau melayan apa yg ditulis oleh syaitan-syaitan itu. Anda boleh baca banyak lagi perkara-perkara lain yg lebih berfaedah. &, kalau anda dahulunya "rajin" melayan syaitan-syaitan ini, fikirkan samaada ia memberi faedah atau sebaliknya..

Sebagai manusia Islam, kita sentiasa dituntut utk memperkukuhkan aqidah melalui pelbagai lunas sebagaimana yg digariskah dlm Al Quran & sunnah. Kita juga dituntut supaya memantapkan keilmuan agar dapat membanteras kesesatan yg bermaharajalela didepan mata. Dan, hidup dalam sebuah negara majmuk berkongsi tanah & petempatan dgn golongan penyembah berhala, penyembah nenekmoyang, ahlil kitab yg syirik serta agama-agama sesat lain bukanlah suatu perkara mudah. Ia memang suatu cabaran besar. Sebab itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati. Sentiasa belajar. Sentiasa memperkemaskan iman & aqidah kita. Kalau masih tidak kemas, perkemaskan. Jangan sampai kita sesat ditengah jalan..

Peranan kita sebagai Muslim amat besar. Dan, ia adalah penentu kelangsungan hidup masyarakat & negara ini. Kalau kita bersifat lemah, kerdil & pengecut, nescaya kita akan dipijak-pijak oleh golongan kufur & kafir. Kita perlu berdiri dgn gagah. Bersatu bangkit memperkukuhkan kembali ukhuwah yg kian retak menanti belah. Selama ini kita lemah lantaran asyik berpecah-belah. Perbezaan fahaman politik telah menjadi racun & saka yg terus merenggangkan ummah yg sepatutnya bersatu. Kita terlalu gemar bermusuh-musuhan antara satu sama lain atas nama POLITIK..(??) Lantaran itulah syaitan-syaitan mudah berkeliaran merampas peluang yg ada utk memurtadkan orang Islam.

Hari ini golongan Melayu murtad sibuk menubuhkan NGO demi memperjuangkan "kepentingan" mereka. Dan, kita pula terus hanyut dilanda perjuangan politik kepartian yg kalut..! Tahukah anda bahawa perbezaan politik bertanggungjawab memburukkan lagi hubungan atau ukhuwah Islamiah...?

Kita memiliki tugas yg besar di negara ini. Oleh itu, marilah kita memperkemaskan diri sendiri & ummah. Demi agama. Demi negara. Ws.

No comments:

Post a Comment

NABI ADAM VS TEKNOLOGI - SATU ANALISIS RINGKAS (BAB 2)

 (Sambungan dari BAB 1) BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN PERJALANAN NABI ADAM? Mengapa kita perlu tahu tentang ini? Agar kita dapat membuat suatu a...