Saturday, June 2, 2018

PERAYAAN JADI PLATFORM POLITICKING


HARI INI segala bentuk senjata dan pengkaedahan harus digunakan demi memancing undi. Apa-apa sahaja. Sebutkanlah. Pasti boleh diperalatkan sebagai alat utk meraih simpati orangramai. Situasi sudah kian genting dan mendesak. Semua orang (iaitu si politikus...) berada dlm keadaan “desperado”. Mahu tidak mahu, halal mahupun haram, semuanya jadi…  Apa saja fatwa yg pernah dicanang oleh Machiavelli dahulu perlu digunapakai demi memastikan “aku menang dlm pilihanraya” nanti.

Peduli apa dgn metodologi… Pergi jahanam dgn teori-teori dan falsafah sains politik…. Itu kerja  si sarjana gila atau si saintis politik yg bankrup, bukan kerja sang politikus seperti aku…..…!!! Dan, sedar atau alpa, hari ini masyarakat umum diluar sana menjadi sasaran penting  politikus macam aku…. Lautan orangramai adalah ibarat ikan-ikan jinak (atau liar..…) yg perlu dipancing dan “digulai” oleh partai-partai politik. Banyak atau kurang “hasil” pancingan itu nanti adalah bergantung kpd berapa besar atau “enak”nya “umpan-umpan” yg disuakan. Lagi besar lagi baik….

Bagi partai-partai politik yg miskin atau papa-kedana, tidak banyak yg boleh dilakukan kecuali berserah pada takdir….. Mungkin sudah cukup cantik kalau dapat menangguk anak-anak ikan yg kecil atau sisa-sisa dari pancingan partai-partai yg kaya-raya. Dalam ertikata lain, lagi banyak imbuhan yg dihamburkan kpd orangramai, maka lagi tinggilah peluang utk menang besar dlm pilihanraya nanti. Dalam bahasa yg lebih kasar, lebih banyak rasuah maka lebih hebatlah pencapaian undian. Demikianlah kalau politik wang sudah berakar-umbi dalam jiwa orang yg tergila-gilakan kuasa politik…!

Berbalik pada perayaan dijadikan alat politicking. Hari ini ianya cukup terserlah. Satu Negara sudah tahu. Bangkai gajah boleh disembunyikan dalam lombong. Tapi bangkai pembelitan politik tiada kubur boleh dimuatkan. Ia terlalu besar. Baunya terlalu busuk. Hingga menusuk ke urat-jantung dan nadi. Sesiapa yg terhidu pasti terencat akal buat beberapa “penggal”……. Tidak mungkin terlitup buat dua-tiga generasi mendatang. Demikianlah “jahat”nya amalan politik yg tidak beretika. Katak-katak yg dibawah tempurung pun akan mengumpat-keji disepanjang zaman….

Sudah tidak mengira samaada sesuatu perayaan itu halal atau haram utk diraikan oleh Islam. Semuanya disamaratakan atas nama politik akomodasi. Semuanya menjadi “halal” dan “harus” atas dasar perpaduan kaum. Semua “fatwa” hendaklah dijuruskan kearah itu. Dan, Muslim hari ini hendaklah bersikap akomodatif walaupun ianya bertentangan dgn aqidah Islam…..(?) Muslim hari ini perlu sama-sama meraikan perayaan demi perayaan para penyembah berhala serta golongan kafir yg keras menentang syiar Allah Taala….(?) Atas asas perpaduan….(?) Demi politik….(?) Atau, kita ini memang sudah rosak aqidahnya…..?

Perayaan demi perayaan kini menjadi pentas politicking  yg senantiasa panas-membara. Sang politikus, broker dan para pecacainya bagaikan cacing-cacing yg kepanasan…. Dan, peluang jangan sekali-kali terlepas…. Tidak kira dimana ceruk-rantaunya. Baik dihulu, ditengah atau dihilir. Pastikan segala perayaan itu (samaada halal atau haram…) hendaklah diraikan secara besar-besaran….atas nama POLITIK partisan...! Jangan sampai ada satu pun yg tercicir dari senarai agenda “ yg maha besar”….. Kalau ada yg jatuh berciciran, alamat buruklah padahnya nanti…bakal ada yg “kecundang” dlm pilihanraya mendatangi….! Hatta, maka itu,….ingat PERAYAAN ingat PROPAGANDA POLITICKING”….! Demikianlah pesanan dari “penaja” anda…….!

Begitulah konklusinya. Gunakan sambutan PERAYAAN sebagai platform utk anda memancing sebanyak-banyak undi dan simpati masyarakat massa…. (!?). Lantaran, pada majlis-majlis sebegini “ikan-ikan” yg kebuluran akan menyerbu laju seperti lalat-lalat pelahap yg menyerbu tahi unta atau kaldai yg masih basah dan hangat….!

Oleh itu, wahai “ikan-ikan” sekalian….. anda mesti bijak kalau mahu memakan umpan. Gunakan otak terlebih dulu. Jgn jadi seperti sotong yg mudah tertipu dgn umpan-umpan palsu. Jadilah seperti jerung atau buaya…yg hanya memilih umpan-umpan yg paling besar dan “cukup mengenyangkan”. Hanya buaya atau jerung-jerung tua sahaja memilih umpan ikan bilis…! Dan, jangan lalai. Jika tidak, anda akan disambar oleh “super-jerung”  dan “bujang senang kelas super” yg sentiasa berkeliaran diluar sana….. Juga, jangan pula jadi seperti langau….dimana ada najis disitulah ia akan berkampong……!!



No comments:

Post a Comment

NABI ADAM VS TEKNOLOGI - SATU ANALISIS RINGKAS (BAB 2)

 (Sambungan dari BAB 1) BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN PERJALANAN NABI ADAM? Mengapa kita perlu tahu tentang ini? Agar kita dapat membuat suatu a...