Saturday, June 12, 2021

NABI ADAM VS TEKNOLOGI - SATU ANALISIS RINGKAS (BAB 2)

 (Sambungan dari BAB 1)

BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN PERJALANAN NABI ADAM?

Mengapa kita perlu tahu tentang ini? Agar kita dapat membuat suatu apresiasi terhadap bagaimana Adam a.s. melakukan perjalanan sebegitu jauh dari pulau Sri Lanka (dikatakan beliau didaratkan disini selepas diturunkan ke bumi oleh Allah Taala) ke Jabal Rahmah di Arafah utk bertemu Hawa setelah terpisah begitu lama.

 


Mengikut ukuran sekarang, jarak dari Sri Lanka ke Arafah ialah 7,598km jika anda berjalan kaki - iaitu selama 1,267jam perjalanan tanpa henti dan dgn dibantu oleh peta, kompas, GPS atau peralatan navigasi modern lainnya.




Itu ialah ukuran perjalanan terdekat dgn menggunakan jalanraya yg sudah terbina pada hari ini. Pada zaman Adam diturunkan, bumi belum ada sebarang infrastruktur seperti jalanraya, jalan keretapi, kapal atau kapalterbang. Kompas dan peta juga belum ada, apatahlagi alat GPS yg dibantu satelit. Jadi, bagaimana harus sesuatu perjalanan itu dimulakan? Dan, kemanakah destinasi yg harus dituju?




Maka kita dapat menyimpulkan bahawa Adam a.s. telah mengembara dgn hanya berjalan kaki merentas selat kecil Palk ke benua kecil India, wilayah Pakistan, Afghanistan, Iran dan selanjutnya ke Semenanjung Arab utk tiba ke destinasi yg jauh. Ada riwayat mengatakan bahawa beliau telah terpisah dengan Hawa selama 500 tahun, 300 tahun, atau 40 tahun. Ringkasnya, beliau mungkin telah mengembara minima selama 40 tahun untuk bertemu dgn Hawa di Jabal Rahmah tanpa berbekalkan teknologi navigasi, jalanraya yg sempurna dan kenderaan. Wallahualam.

Tetapi jika Adam dibekalkan dengan teknologi navigasi dan jalanraya yg canggih, berapa hari diperlukan utk beliau tiba di Arafah? Begini anggaran perkiraannya:

a. Kelajuan berjalan biasa utk manusia biasa - 5.12 ksmj

b. Kelajuan berjalan Adam a.s. - 15 x 5.12 = 76.8 ksmj

c. Jumlah masa utk tiba ke Arafah = 7,598km/1,267jam tanpa rehat dibantu GPS

d. Jumlah waktu berjalan Adam = 7,598km bahagi 76.8ksmj = 100.23 jam

h. Jumlah waktu rehat pendek (setiap 2 jam = 30 minit rehat) = 25 jam

i. Jumlah waktu rehat panjang/tidur (setiap 10 jam = 12 jam) = 120 jam

j. Jumlah keseluruhan waktu perjalanan = 225.23 jam = 9.38 hari atau 9 hari

Jadi, jika menggunakan GPS serta jalanraya yg bagus, Adam boleh merentas wilayah yg disebutkan tadi dalam masa lebihkurang 9.38 hari (termasuk rehat dan tidur) berbanding manusia biasa yg akan mengambil masa selama 52.79 hari (tanpa rehat). Tetapi apabila kita cuba bergerak ke suatu destinasi tanpa bantuan peta, kompas, GPS, ketiadaan jalanraya atau sebarang infrastruktur, tiada tempat utk bertanya, terpaksa meredah lautan, sungai besar, paya, hutan dan pergunungan, anda boleh bayangkan sendiri kesukarannya.

Maka, demikianlah keadaan Adam a.s. sewaktu pertamakali akan memulakan kembaranya. Walaupun memiliki binaan tubuhbadan antara 15 - 19 kali lebih sasa dan lebih tangkas dari manusia akhir zaman, tetapi terdapat pula kekangan-kekangan lain yg menyukarkan pergerakan beliau. Ini kerana dunia merupakan bumi yg terlalu asing utk beliau. Dan, bumi pada ketika itu samasekali tidak serupa dgn bumi hari ini yg lengkap dgn segala bentuk prasarana dan fasilitas berteknologi tinggi. Tetapi yg jadi cabaran, beliau tiada dibekalkan dgn sebarang fasilitas utk hidup (seperti di Syurga yg lengkap dgn segalanya) - kecuali apa yg telah disediakan dan ditetapkan di mukabumi oleh Allah Taala, seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan yg boleh dimakan serta lain-lain. 

Jadi, kehidupan di bumi merupakan pengalaman baru bagi beliau (dan Hawa). Segalanya perlu diikhtiarkan jika mahu kekal survival diatas bumi. Ini merupakan sunnatullah yg telah ditetapkan bagi setiap makhluk bernyawa di bumi. Maka, jika Adam memerlukan 40 tahun utk bertemu dgn Hawa, itu merupakan fakta yg jelas - sesuai dgn situasi di zaman itu yg mana teknologi masih belum diperkembangkan lagi. BUKAN kerana Adam tidak pantas atau tangkas. Misalnya, anda ingin menemui kawan di suatu wilayah yang entah dimana dan tiada tempat utk bertanya. Mampukah anda temui beliau selepas 40 tahun atau 400 tahun kembara?

Ringkasnya, Allah Taala telah mempersatukan kembali Adam dan Hawa dgn ketetapanNya.

JANGKAUAN FIZIKAL ADAM

Memulakan hidup di alam baru tidak seindah Syurga. Itu adalah realiti. Lantaran itu Adam dibekalkan dgn tubuh jisim yg cukup besar - supaya boleh memulakan suatu tamadun baru di mukabumi. Dgn keperkasaan fizikal yg ada serta dibantu oleh kelahiran jumlah anak-anak yg ramai, maka segala projek-projek asas kehidupan dapat dirancang dan dilaksana dengan berkesan. Dgn saiz fizikal yg besar, wilayah yg dijangkau utk aktiviti-aktiviti ketamadunan dan permukiman manusia juga menjangkau besar dan melebar-luas.

Sebagai contoh, utk membuka perladangan yg boleh memuatkan sebuah rumah, kandang ternakan, tapak pertanian dan kawasan utiliti bagi memenuhi keperluan asas sebuah keluarga kecil hari ini ialah antara 2 ke 3 hektar. Tetapi sekiranya saiz ahli keluarga ialah 15-19 kali lebih besar dari manusia zaman ini, maka saiz tanah yg diperlukan adalah antara 30-45 hektar (73.5-110 ekar) utk satu unit keluarga. Tanah seluas itu hanya boleh diusahakan oleh manusia hari ini dgn bantuan mesin dan pelbagai teknologi pertanian - lantaran ia terluas utk dikerjakan dlm sehari.

Tetapi manusia Adam dan keluarganya tidak memerlukan teknologi sebegitu - lantaran saiz 2-3 hektar adalah terlalu minimum utk mereka berhempas-pulas mengerjakannya. Malah, apa yg terjadi, Adam dan ahli keluarga generasi pertama yg seramai 20 orang mungkin memerlukan keluasan minimum tanah sebesar 600-900 hektar (1470-2200 ekar) - lebihkurang 11% saiz negeri Perlis. Tetapi jika mengikut saiz Felcra (11 ekar), maka satu unit keluarga Adam akan memerlukan sebanyak = 11 x 15 = (165 ekar) atau 11 x 19 (209 ekar) dan jumlah keseluruhan keluarga generasi pertama memerlukan antara 3300-4180 ekar - lebihkurang 21% kawasan negeri Perlis. Itu baru generasi pertama. Dan, baru hanya memenuhi keperluan bertaraf Felcra. Belum mengambilkira jumlah ternakan yg memerlukan kawasan ragut yg cukup luas. Belum lagi mengambilkira prestasi perladangan sebenar yg dicapai oleh mereka serta jumlah penglahiran generasi kedua yg tidak diketahui jumlahnya!

 



Kita tidak akan mengupas terlalu terperinci berhubung keluasan bidang tanah. Kita hanya akan menyentuh jarak jangkauan kehidupan Adam dan keluarganya dlm memenuhi keperluan harian yg membudayai mereka - lantaran ini dilihat lebih menarik. Sebagai contoh, anda perlu menaiki motor atau jeep utk mengerjakan ladang di pedalaman yg sejauh 20 km setiap hari. Dan, anda mengambil masa 60 minit utk tiba ke destinasi. Anda bergerak pada jam 8 pagi dan selesai jam 5 petang. Anda tiba di rumah jam 6 petang dlm keadaan letih tak bermaya. Ada kalanya, jam 7 baru anda kembali. 

Adakah ini suatu perkara baru? Jika anda perlu bergerak sejauh 20 hingga 50km utk tiba di lokasi bekerja, Adam dan ahli keluarganya sudahpun melakukan proses yg sama ribuan tahun yg lampau. Beliau perlu bangun pagi, menguruskan ternakan, ladang pertanian dan sebagainya utk keluarganya yg besar - bukan sekadar besar dari segi bilangan, tetapi juga dari segi saiz. Dgn umur masing-masing yg sangat panjang, sudah tentulah sumber makanan, pakaian, perubatan, tempat tinggal, aspek keselamatan serta keperluan hidup lainnya perlu dilestarikan. Jadi, kita tidak perlu hairan jika Adam dan anak-anaknya perlu berjalan antara 75-150 km tiap-tiap hari utk melestarikan keperluan hidup dan mensejahterakan keluarga masing-masing. Malah, utk mencari bahanapi contohnya, mereka mungkin perlu kembara hingga 200-250 km jauhnya - lantaran bukan semua kawasan terdapat pokok-pokok yg boleh dibuat kayu-api - terutama di Semenanjung Arab serta wilayah sekitarannya.

Satu soalan penting. Adakah mereka ini merupakan manusia nomad yg hidup gelandangan di gua-gua dan bersifat seperti haiwan babon atau beruk yg cuma tahu mengutip hasil hutan atau membunuh haiwan lain utk dijadikan santapan seperti yg diwarwarkan oleh buku sejarah? Tidak. Mereka bukanlah golongan manusia zaman batu yg hidup  bertelanjangan seperti digambarkan oleh saintis yg menjadikan antropologi sebagai "agama" mereka atau penganut Darwinisme. Mereka hidup di wilayah yg terbatas keluasan hutannya. Dan, Allah Taala telah membekalkan segala bentuk ilmu utk digunapakai oleh Adam serta keturunannya bagi membina tamadun manusia sebagai khalifatullah di mukabumi dgn penuh kesempurnaan. 

Dgn dibekalkan saiz fizikal yg besar, umur yg begitu panjang serta petunjuk Allah Taala, Adam a.s. serta keluarganya berupaya mencipta fasilitas berteknologi tinggi - yg sukar digambarkan oleh kita. Ini sesuai dgn maksud Al Quran yg menjelaskan bahawa terdapatnya tamadun-tamadun yg lebih tinggi kemajuannya berbanding dgn apa yg wujud pada hari ini. Tetapi tamadun-tamadun tersebut telah dilenyapkan lantaran kemungkaran mereka terhadap ketetapan Allah Taala.




Hari ini para saintis dan antropologis hanya berminat utk membongkar kesan sejarah ketamadunan silam utk tujuan akademik atau material semata-mata. Mereta tidak berminat utk belajar dan mengambil iktibar dari kemusnahan tamadun-tamadun tersebut.

(....bersambung pada BAB 3)

NABI ADAM DAN TEKNOLOGI - SUATU ANALISIS RINGKAS (BAB 1)

SIAPA ADAM ALAIHISSALAM?

Nabi Adam a.s. adalah manusia pertama yang diwujudkan Allah Taala. Menurut Ibnu Jarir, Nabi Adam a.s. hidup selama seribu tahun. Berasaskan kiraan tahun hijrah, Adam hidup di Syurga selama 43 tahun dan baki 957 tahun di dunia.  Dalam teks Atlas Sejarah Nabi dan Rasul, Sami al-Maghluts menyebut bahawa Adam diperkirakan hidup antara tahun 5872-4942 SM. Sedangkan, Nabi Nuh diperkirakan hidup sekitar tahun 3993-3043 SM (usia 950 tahun). Jarak antara Adam dan Nuh ialah 1000 tahun atau 10 abad.


MOTIF TULISAN INI

Tulisanku kali ini cuba merungkai tentang keberadaan Adam a.s. sebagai seorang makhluk terhebat pernah diciptakan guna menjadi pemimpin di mukabumi ini. Disamping itu, pada bahagian lain, kita akan membincangkan samaada teori evolusi rekaan Darwin adalah suatu teori yang saintifik atau hanya sekadar untuk mencelarukan pemikiran manusia dan menjahanamkan aqidah mereka. Adakah Darwin benar-benar telah menjalankan penyelidikan terperinci? Atau, beliau sekadar menulis kertas konsep semata-mata tanpa berasaskan sebarang kajiselidik? Walaupun ada yang menegaskan bahawa Darwin telah berjaya mengemukakan data-data empirikal untuk mempertahankan pegangannya itu, adakah itu bermaksud anda perlu menerimanya tanpa berfikir panjang?

SIAPA LEBIH HEBAT?

Siapa paling kuat? Siapa paling pantas? Siapa bakal jadi "super-juara" atas semua jenis kejuaraan dunia? Jawabannya - ADAM a.s. Tiada suatu haiwan pun mencapai ketinggian Adam. Biarpun didatangkan dinasour paling besar di zaman jurassic, haiwan purba itu masih tidak mencapai ketinggian melebihi paras lutut Adam. Cuma ukuran kepanjangan dari ekor ke kepala sahaja mencapai 130 kaki. Haiwan seberat 100 ton dgn badan setinggi 7.5 meter ini ialah seekor argentinosaurus. Sedangkan Adam berketinggian 60 hasta (30 meter = 90 kaki) - setinggi bangunan 10 tingkat...! Mana lebih utama - tinggi atau panjang...?





Masih di era jurassic, makhluk darat kedua terbesar dgn ketinggian mencapai 15 meter, seberat 75 ton dan 35 meter panjang ialah mamenchisaurus sinocanadorum. Haiwan ini 10 kali lebih berat dari gajah Afrika. Jika di daratan terdapat dua jenis haiwan terbesar, di lautan pula terdapat spesis ikan purba yg digelar shastasaurus sikanniensis seberat 50 ton dan berkepanjangan 85 kaki. Tetapi kedua-dua haiwan ini tidak dapat menandingi paus biru purba yg dianggap terbesar dikalangan semua vertebra - seberat 200 ton (40 ekor gajah) dan boleh mencapai 100 kaki panjang...! 



Di zaman ini (mungkin sewaktu Adam akan diturunkan ke bumi) - dgn rahmat Allah Taala - tiada lagi makhluk-makhluk gergasi ini dibenarkan hidup. Jika tidak, mungkin makhluk keturunan Adam sukar bertahan lama di muka bumi lantaran perlu merebut sumber makanan disamping diancam oleh makhluk-makhluk jurassic dgn pelbagai saiz. Setidak-tidaknya, dlm konteks menentukan rantaian makanan dan air yg mencukupi, manusia perlu diberi peluang utk terus kekal pada saiz Adam a.s. Namun, Allah Taala maha perancang!






APA KETINGGIAN DAN SAIZ TUBUH ADAM?

Hatta, pada membicarakan saiz lembaga Adam yg sebenar, ia suatu yg pasti menarik minat semua. Anda akan pasti berangan-angan mahu menjadi sebesar Adam. Sebagaimana yg disebut terdahulu, Adam berketinggian 60 hasta atau 30 meter (= 90 kaki). Tetapi Allah Taala telah menetapkan segala-sesuatu menurut ketetapanNya. Maka, kita hanya mampu bermimpi utk jadi sepantas atau segagah Adam. Tidak lebih dari itu. Hari ini rekod manusia tertinggi ialah 8 kaki 11.1 inci sahaja dan hanya hidup selama 22 tahun. Dan, manusia tertua ialah Jeanne Calment (122 tahun 164 hari).

Hari ini, haiwan paling tinggi di dunia ialah zirafah - 19 kaki. Manakala haiwan darat terbesar ialah gajah Afrika (berat 7 ton dan tinggi bahu 13 kaki). Dan haiwan amfibi terbesar masih dijuarai oleh paus biru (berat 180 ton dan panjang 98 kaki). Jika diletakkan dalam satu gelanggang pertarungan, mungkinkah Adam akan terselamat jika terpaksa berhadapan dgn bintang-binatang tadi? 



ANGGARAN SAIZ NABI ADAM

Ini bukan kajian ilmiah. Ia tidak saintifik. Ia sekadar anggaran semata-mata. Kita cuba mengenalpasti beberapa aspek dari indeks tubuh lembaga Adam melalui kiraan asas seperti berikut:

a.  Tinggi - 60 hasta (30 meter atau 90 kaki).
b.  Tinggi jangkauan - 90kaki + (2kaki x 15T) = 90 + 30 = 120kaki. 
c.  Gandaan  ketinggian dgn manusia sekarang -  90kaki bahagi 6 kaki (tinggi purata) = 15T
d.  Gandaan lebar Adam - 10x
e.  Ketebalan Adam - 6x
f.  Ukuran kubik - gandaan (15x tinggi) x (10x lebar) x (6x tebal) =  900kubik-kaki
g.  Berat = (900 x 70kg (berat purata lelaki) = 63,000kg

Dari kiraan diatas, berikut ialah data yg diperolehi:

a.  Panjang Adam - 120 kaki (Jangkauan lengan + tinggi)
b.  Panjang langkah biasa - 15 x 2 kaki = 30 kaki/langkah
c.  Panjang langkah laju - 15 x 3 kaki = 45 kaki/langkah
d.  Berat minima - 63,000kg (63 ton)

Dgn data asas ini, bolehlah dianggarkan bahawa saiz manusia Adam adalah jauh lebih panjang, lebih lebar, lebih tinggi dan hampir sama berat dgn raksasa-raksasa purba seperti argentinosaurus dan shastasaurus sikanniensis. Begitu juga dgn paus biru. Dgn saiz ini, Adam boleh duduk atau tidur dimana-mana sahaja tanpa ada siapa pun berani melakukan provokasi. Ini kerana tiada siapa pun yg mampu beri ancaman. Sementelah, jika gajah Afrika seberat 7 ton tidak berani mendekat, apatah pula harimau, singa, hippo, anakonda atau buaya. Ini kerana haiwan-haiwan berkenaan boleh dihapus dgn sekali pijak sahaja..!


APAKAH KELAJUAN ADAM?

Ini suatu soal yg paling menarik. Mana lebih pantas? Kereta F1 atau Adam? Dan, sejauh manakah jangkauan yg boleh dicapai oleh Adam dalam satu-satu perlumbaan itu? Jika Adam berlari sebagai sprinter Usin Bolt, apakah kelajuannya serta jangkauan yg bisa dicapai? Usin Bolt adalah manusia terpantas dgn kelajuan 44.7kmsj dan kelajuan purata 38kmsj yg direkodkan pada tahun 2009. Dan beliau berketinggian 6 kaki 4 inci sahaja.

Sebelum itu, mari kita lihat apa kelajuan setiap langkah lembaga Adam. Setiap ukuran perlulah didharab atau dibahagi dengan gandaan 15. Sebagai contoh, jika manusia biasa yg berketinggian 6 kaki boleh memecut dalam 10 saat utk acara 100 meter atau 20 saat utk acara 200 meter, bagaimana dgn Adam? Kelajuan 10 saat utk 100 meter bermaksud anda berlari dgn kelajuan 21.6 kmsj. Ini bermakna kelajuan Adam = 21.6 x 15 = 324 kmsj..! Jika anda berlari dgn kelajuan 9.5 saat utk 100 meter, anda telah berlari dgn kelajuan 22.68kmsj - yg bermaksud kelajuan Adam akan menjadi 340.2kmsj...! Ini adalah kelajuan jentera F1...! 



Apakah kelajuan jentera F1? Sebelum 2012, jentera F1 boleh mencapai kepantasan 360 hingga 384kmsj lantaran menggunakan injin 3 liter. Pecutan dari 0-100kmsj ialah 2.6 saat. Tetapi pecutan 0-300kmsj ialah 10.6 saat. Jadi, siapa lebih laju? Adam atau jentera F1? Kalau kita menggunapakai kelajuan purata Usin Bolt (38kmsj) sebagai asas kiraan, kelajuan Adam akan mencapai 38 x 15 = 570kmsj...! Tapi hari ini injin F1 sudah dikecilkan kpd 1.6 liter dan kelajuan makimum ialah 320kmsj sahaja..

Ini bermaksud Adam lebih pantas dari supercar terpantas dunia yg hanya mencatat kelajuan 550kmsj.. Manakala "bullet train" terpantas dunia ialah 574kmsj dgn kelajuan purata 360kmsj. Jika Adam berlari dgn kelajuan 44.7kmsj, beliau akan memecahkan segala rekod kelajuan jentera konvensional (tidak termasuk jentera yg sengaja dicipta utk maksud mengatasi kelajuan bunyi oleh pengila-penggila prestasi jentera) - iaitu 670.5kmsj....! Kelajuan ini sudah menghampiri kelajuan cruise kuasa jet - iaitu Mach 0.8 (981 kmsj)...!




BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN ADAM?

Anda sudah faham betapa hebat dan istimewanya manusia Adam. Mari kita lihat apa lagi yg boleh dilakukan oleh Adam - tanpa perlukan sebarang bentuk teknologi kejenteraan pun dalam kehidupannya yg panjang itu. Kita akan lihat perkara ini dalam bab selanjutnya....!

Thursday, July 18, 2019

POLITIK DAN KUASA

Al-kisah. Bagi golongan "layman" yg belum pernah hadir kuliah atau tutorial sains politik walau sekedar 44 hari, mereka akan kabur pada mendefinasikan konsep politik dan kuasa. Mereka akan menyimpulkan politik sebagai kuasa dan kuasa sebagai politik. 

Pun begitu, tidak bersalahan, walaupun kurang tepat. Bezanya bergantung pada cara ia dilihat. Jika dilihat melalui pendekatan mikro, jawabannya lain. Kalau diperhati melalui pendekatan makro, lain pula dampaknya. Tetapi jika direnung melalui pendekatan ilmu - lain pula hujah-hujahnya - bergantung pada "apa jenis" ilmu yg dikuasai itu...



Sebab itu polemik politik dan kuasa tidak akan berkesudahan. Ditambah pula dgn sifat manusia yg terlalu pelahap, buas dan rakus kepada kepentingan duniawi. Maka segalanya akan bergantung pada sejauh mana kepentingan individu terhadap sesuatu dan sedalam mana keikhlasan beliau pada mempertahankan kemurnian ilmu. Tetapi masyarakat hari ini jarang terlepas dari sikap buas terhadap keduniaan dan materialisme - samaada beliau seorang pecacai terbodoh kelas paling bawah atau brahma terbijak kasta paling tinggi...



Politik dan kuasa adalah ibarat isi dengan kuku. Tanpa salah-satunya, ia tidak akan sempurna - tidak akan menjadi apa-apa. Ia akan berada dalam situasi "dormant", "stagnant", sebagaimana virus yg disejukbekukan atau proton-neutron yg diasingkan. Tetapi apabila dipersatukan - ibarat api yg sedia membakar atau kuasa nukliar yg diaktifkan - bersedialah utk merasakan bahang atau impak ledakannya... Hanya tangan yg bijaksana dan cendekiawan sahaja mampu memegangnya dgn selamat - sekurang-kurangnya utk diri-sendiri kalau bukan utk orang lain - lantaran perpatah: "..power is corrupt. Absolute power will corrupt absolutely.." ...



Ada kebenarannya. Contoh: Firaun. Bila diberikan kuasa politik Firaun mengistiharkan dirinya tuhan. Hari ini contoh terlalu banyak. Donald Trump diberi kuasa - lalu tanpa berlengah lagi terus berkonfrantasi dgn China, Rusia, Iran dan mengancam negara-negara kecil di timur dan selatan. 

Begitu Najib Razak. Bila dilantik jadi PM, maka tanpa membuang waktu beliau memproklamasi pelbagai dasar sosial yg sebenarnya tidak sesuai utk negara hingga beliau perlu dihapuskan dari takhta pemerintahan. Ini sekedar contoh mudah jika anda malas membaca buku sejarah politik..


Jika politik banyak menumpahkan darah, ianya berpunca dari sikap manusia yg terlalu gilakan kuasa tanpa batasan. Sebagai contoh - perang dunia ke-2 telah mengorbankan antara 21-25.5 juta askar dan 70-80 juta orang awam - purata 100 juta - gara-gara pimpinan syaitan-syaitan politik yg sesat, otoritarian dan tirani, juga gara-gara utk menobatkan sebuah negara Zionist-iblis yg bernama Israel di peta dunia. 

Malangnya, hari ini syaitan-syaitan masih terus mendominasi dan memerintah dunia melalui PBB, Bank Dunia, IMF dan pelbagai agensi lagi.



Lantas - lantaran itu kuasa politik jangan diperlekehkan. Masyarakat, baik di kasta mana sekalipun, perlu "peduli politik" dan berikhtiar utk belajar dan faham asas-asas politik. Bukan utk jadi politikus - tetapi utk pastikan anda tidak diperhambakan atau dipijak-pijak oleh binatang atau syaitan politik.

Hari ramai yg memandang politik melalui kacamata kesesatan. Mereka melihat politik sebagai "peluang besar" utk jadi "orang besar". Politik dilihat sebagai landasan utk membolot kuasa, otoriti, wewenang. Dan, dari kekuasaan yg digenggam, mereka dapat memerah kekayaan, keberuntungan, kemewahan, darjat kebesaran dan lain-lain secara maksimum.

Dari kuasa politik yg digenggam, mereka akan merealisasikan mimpi-mimpi indah yg selama ini jadi igauan di siang hari. Demikianlah sesatnya jika orang yg tidak memiliki ilmu, akhlak, iman dan peribadi yg murni diberikan mandat politik. Namun, yg menghairankan, makhluk-makhluk hina, pelahap dan buruklah yg kerap menjadi dokongan masyarakat. Jadi, siapa yg bersalah? Sang politikus terlaknat atau hamba rakyat yg dunggu, penakut, pengecut dan enggan menggunakan otak utk berfikir...?



Apabila masyarakat keliru dgn takrifan sebenar politik dan kuasa, maka para penyangak dan broker-broker politik akan menyerbu peluang mengambil-alih atau merampas "mandat" yg tadinya jadi "ketentuan rakyat" dan segera mewujudkan "pemerintahan" menurut definasi, falsafah dan acuan mereka. Itulah yg kerap terjadi dlm senario demokrasi hari ini. 

Aku membataskan percakapan dlm konteks demokrasi agar memudahkan pembaca memahami perspektif yg ditulis. Bagi negara-negara yg sememangnya otoritarian, monarki tulin, feudal, oligarki, diktator, aristokratik, kuasa politik memang diboloti oleh satu individu atau segelintir aristokrat yg berkongsi kuasa secara sentralisisasi - ini tidak jadi topik perbincanganku. 

Tetapi hari ini rata-rata negara yg wujud telah mengamalkan konsep demokrasi kecuali negara-negara seperti Arab Saudi, Monaco, Brunei, Qatar, Oman, UAE, Andorra dan Swaziland. Yg pasti, kecuali Swaziland dan Andorra, negara-negara yg disebutkan tadi merupakan antara negara-negara terkaya dan sejahtera di dunia. Ini membuktikan bahawa politik dan kuasa yg diletak di tangan yg bagus secara teori dan secara idealnya akan menghasilkan negara yg bagus.



Dalam ertikata mudah, demokrasi bukanlah segala-galanya. Malah hari ini anda boleh bertemu dgn pelbagai sarjana, diktator, tirani atau otoritarian yg menyarung jersi bertopengkan demokrasi. Israel contohnya menobatkan dirinya juara demokrasi walhal jet pejuangnya tanpa batas mengebom khemah pelarian Palestine di Gaza dan menceroboh wilayah asing atas dokongan AS, "juara demokrasi" dunia...



Justru, sebagai ahli dalam masyarakat atau ummah, pemahaman terhadap konsep sebenar politik dan kuasa adalah amat penting demi menghindarkan kelicikan politik kotor. Pemahaman yg dimaksudkan bukanlah semestinya di tahap memakarinya - memadailah dgn pemahaman yg betul agar tidak ditipu oleh sang pemutarbelit, politikus tak bermaruah dan "profesor-profesor kangkong". 

Lantas, mentaliti dan budaya malas belajar ilmu-ilmu baru (yg sebenarnya bukan baru..) hendaklah dihindari. Selagi anda malas belajar, selagi itulah anda akan dimangsakan oleh kebuasan konspirator dan manipulator politik mahupun media..







Aku pernah memperkatakan konsep "apolitik" dan "antipolitik". Jadi, disini terdapat tiga konsep yg kelihatan berbeza - tetapi memang punya pengertian yg tersendiri. "Politik" sendiri berbeza dari makna "Sains Politik". Politik merujuk kepada proses atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tadbir-urus sesebuah negara, sesuatu wilayah atau kawasan yg melibatkan proses pembuatan keputusan oleh individu atau sekelompok individu yg punya kesahan otoriti, wewenang atau mandat. 

Ia juga merujuk kepada usaha perlaksanaan dan pencapaian dasar oleh kerajaan, pemerintah atau otoriti melalui kawalan yg rapi ke atas masyarakat atau negara. Kajian akademik yang hanya memfokus kepada politik semata-mata (dan bukan kpd bidang Sains Politik amnya) kadang-kadang dirujukkan sebagai Politology.



Manakala "Apolitik" pula merujuk kpd situasi atau pendirian atau ideologi yg neutral atau apartik - enggan menyebelahi mana-mana pihak atau bersikap non-partisan. Dlm bahasa radikal, ia merupakan ideologi tidak berminat dan tidak peduli politik - yg melihat "perihal politik" sebagai tidak signifikan.

"Antipolitik" pula menggambarkan sikap yg lebih radikal dari "apolitik". Ia adalah pendirian menolak atau menentang polisi-polisi dan prinsip-prinsip politik tradisional yg wujud dlm negara - yg lazimnya melahirkan gerakan-gerakan politik yg bakal menggoncang kestabilan negara sebagaimana yg berlaku di Latin Amerika dan negara-negara membangun. 

"Kuasa" pula bermaksud keupayaan utk mempengaruhi atau menggerakkan sesuatu. Dalam konteks politik, kuasa ialah upaya yg dapat mempengaruhi halatuju dan impak sesuatu politik kpd sistem masyarakat dan negara. Lantas, jika "kuasa" itu jatuh ke tangan yg baik dan bijak, maka, insyaallah, baiklah natijahnya. Dan, jika "kuasa" itu jatuh ke tangan seekor atau segerombolan syaitan, maka celakalah padahnya..



Hatta, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu jika umat itu sendiri malas dan enggan berubah. Masyarakat tidak akan maju kemana-mana jika enggan bangkit berjuang dan malas memajukan diri dalam serba-serbi. Dan, yg paling utama dan paling berbahaya - enggan berkorban demi agama, bangsa dan negara...!

Sunday, July 7, 2019

LGBTQ DAN POLITIK

Highfield, Southampton - 6 Julai 2019

Sahibul-hikayat, ini hanya pendapat peribadiku - berasaskan fakta yg terus bergolak ditengah-tengah masyarakatku serta beberapa fakta sejarah. Kalau orang lain ada pendapat masing2, itu memang hak mereka. Apabila merenung kebelakang berkaitan LGBT (=LGBTQ) ia adalah gejala purba. Terlalu purba sejak zaman Nabi Lut a.s. lagi. 

Jadi, ia bukan ideologi pasca-modernisme atau neo-liberalisme atau neo-darwinise. Dalam lingkaran sejarah era Nabi Lut, ia bukan sekedar gejala sosial. Malah ia telah menjadi alat politik. Jadi, tiada bezanya dgn hari ini. Orang akan jadikan LGBTQ sebagai senjata politik.


Di barat dan dinegara-negara maju umpamanya, ada saja makhluk2 LGBTQ jadi menteri, senator, ahli parlimen atau wakil rakyat. UK, US, Australia, Peranchis, Belanda... Bagi barat, semua orang ada ‘hak’ jadi menteri, pemimpin besar atau ‘wakil rakyat’ walaupun mereka ‘LGBT’ tegar. 

Dan, syaitan2 inilah sebenarnya nanti akan memperjuangkan ‘hak LGBT’ dlm konteks perlembagaan negara. Syaitan2 inilah yg bakal meluluskan undang2 ‘jantan Kawin jantan’ dan ‘betina Kawin betina’... Syaitan2 ini menghalalkan manusia Kawin binatang dan binatang Kawin manusia... Syaitan2 inilah juga yg akan menyanggah dan ‘menyerang’ negara lain yg tidak ‘mesra-LGBT...’

Dlm ertikata mudah, bila LGBT jadi politikus, samalah maknanya dgn ‘iblis’ atau ‘syaitan’ menjelma secara fizikal utk jadi politikus & pemimpin masyarakat... Sama darjatnya dgn makhluk zaman Nabi Lut. Malah, mungkin lebih berbahaya dari itu - lantaran umat Nabi Lut cuma cenderung dlm homoseksualisme atau lesbianisme sahaja.

Tetapi LGBT adalah melampaui dari itu. Mereka ‘sapu’ segala-galanya - baik jantan atau betina atau binatang sekalipun....tiada batasan. Bak perpatah - membujur lalu melintang patah.... Demikianlah laknatnya ideologi LGBT... - yg juga merupakan ‘cabang’ dari ideologi Lucifer-Iluminati almasih Dajjal dlm jaringan besar Zionisme...


Jika LGBT berkembang-biak di barat dan negara2 maju, itu memang ciri2 negara liberal sekular. Tetapi jika LGBT mengetuk gerbang masyarakat anda serta masyarakat Muslim lainnya, itu tidak dapat diterima. Dan, ia tidak akan diterimapakai hingga kiamat...walaupun anda perlu ‘berperang’ lantarannya. ITU SUDAH JELAS. Jgn sampai jadi ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’ - kerana ‘pontianak’ akan mentertawakan anda & kita semua...! Bangkit, dan perangilah LGBT sebelum segalanya jadi terlambat...

Hari ini anda tidak pasti bagaimana LGBTQ boleh muncul dlm masyarakat anda. Adakah salah ibu yg mengandung atau bapak yg berperangai seperti pelesit? Atau kalangan ahli keluarga yg satanic? Atau guru2 dan pensyarah yg berperangai seperti iblis? Atau sistem pendidikan yg kucar-kacir bercelaru? Atau sang menteri yg terlalu bodoh, kalut dan kufur? 

Dan, hari ini, berlindung dibelakang ‘Seksualiti Merdeka’, SUARAM, PT Foundation, EMPOWER, Malaysian Bar, Sisters in Islam, Amnesty International dan banyak lagi NGOs, LGBTQ menjadikan ‘hak asasi manusia’ sebagai platform perjuangan dan gerakan mereka - samada diperingkat domestik atau global - hinggakan aktor George Clooney (seorang ateist) pun dgn angkuh ‘memberi amaran’ kpd Brunei, Malaysia dan Indonesia walaupun isteri terbaru beliau (Amal Alamuddin - 2014) seorang druze yg dikaitkan dgn Islam sunni....

Hatta, bila menelosori kedalam sarang masyarakat, apakah kesudahan jika anda terlalu ‘mesra-alam’, pro atau langsung tidak ambil pusing terhadap LGBTQ? Atas dasar ‘keadilan’, ‘kemanusiaan’, ‘hak asasi’ dan entah apa lagi slogan yg ingin diketengahkan....? Tapi, yg jadi persoalan ialah - wajarkah anda membiarkan partai2 politik dicemari LGBTQ? 

Kes terbaru yg membabitkan sebuah partai politik di Sarawak umpamanya - amat memperlekehkan nilai politik dalam negara. Nilai sebuah politik adalah terlalu murni utk dicemarkan - lantaran politik ialah cabang dari tanggungjawab sosial dan kehidupan beragama. 

Jadi, jika orang2 LGBT dibenarkan menyelinap masuk kedalam badan induk partai2 politik, kelak nilai politik kita akan berguguran seperti bangkai yg tewas sebelum berjuang. Nilai politik kita akan sama seperti di negara2 pendokong LGBTQ, atau mungkin lebih bangsat dari itu...!


Sebagai langkah drastik, LGBTQ hendaklah dihindarkan dari politik - demi kemaslahatan masyarakat, ummah dan negara. Tiada jalan singkat. Dan, yg paling mustahak sekali - rumahtangga sebagai ‘kilang manusia’ hendaklah mengeluarkan ‘manusia non-LGBTQ’...! Jgn cuba mencipta alasan. Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan bahawa seseorang bayi itu dilahirkan ‘FITRAH’ (...Muslim, suci, murni, indah...) tetapi ibu & bapaknyalah yg ‘mencorakkan’ bayi itu menjadi seorang yahudi, nasrani atau majusi.... 

Izinkan aku menambah pendapatanku: ibu & bapaklah juga yg telah menjadikan bayi itu LGBTQ....! Ini kerana ibubapak adalah ‘murabbi’, guru, pengajar, profesor, profesor emeritus, profesor diraja, ‘arkitek’, designer atau ‘pembentuk’ utama anak2...samaada menjadi ‘orang’ atau ‘binatang’..... 
Wallahualam...

Tuesday, November 6, 2018

KERAKYATAN JUS SOLI


Kegagalan para sarjana sejarah dan sains politik mentafsir konteks MELAYU sebagai TUAN TANAH bagi Semenanjung Melayu serta masyarakat di Borneo Utara telah menyebabkan istilah JUS SOLI (disebut JUS SOLAI) diketepikan dlm sistem kenegaraan hari ini. Rata2 masyarakat (terutama generasi X dan Y yg jadi warga dominan hari ini) kian lupa akan hakikat ranting serta akar yg menjulur keluar dari bumi pusaka Melayu ini.
Kegagalan cerdikpandai sejarah politik meletakkan fakta sebenar ditempatnya (lantaran terlalu pahit utk dikunyah oleh pembela2 ideologi pluralisme dan rasisme) telah menyebabkan buku2 teks sejarah negara hanya menerbitkan perkabaran kabur yg akhirnya menebalkan lagi kejahilan msyarakat terhadap realiti sejarah serta “kesedaran perkauman”.....
Hari ini tidak ramai yg faham makna “Jus soli”. Barangkali mereka akan menyamakan istilah besar ini dgn jus tomato, jus lidah buaya, jus asam limau, jus durian belanda & pelbagai jenis jus yg bersepah-sepah di pasaran. Barangkali mereka fikir ini tidak lain adalah satu konsep terbaru yg coba dikomersialkan oleh pakar bahasa.
Barangkali mereka fikir ini adalah saki-baki dari istilah2 bahasa “baku” yg pernah menjadi topik panas sewaktu Anwar jadi Menteri Pendidikan suatu waktu dahulu. Demikianlah alkisah.... Hatta, jadi, “...who cares what the hell was it...??!!”
Agak sukar disimpulkan. Bagi golongan yg menolak konsep ini - adakah mereka itu merupakan masyarakat massa biasa yg tidak arif politik dan sejarah? Atau - mereka merupakan kelompok penggerak primodialisme yg menjadikan keuntungan politik sebagai matlamat mereka? Bagi golongan primordialist, etnik tertanam dalam sifat biologi yang diwarisi, sejarah panjang perbezaan budaya, atau keduanya.
Identiti etnik dilihat sebagai unik yg dipertahankan dan sebagai faktor eksistensial yang mendefinisikan identifikasi diri dan identiti individu. Kombinasi identiti etnik dan nasionalisme etnik adalah alat yang berkuasa untuk melibatkan kelompok dalam perjuangan politik mereka. Perpecahan etnik dan konflik etnik adalah fenomena yg dianggap sebagai wujud dlm masyarakat berbilang kaum.
Fokus primordialist ialah kpd pengekalan identiti. Oleh itu mereka GAGAL utk mengiktiraf wujudnya keperluan atau ciri2 variasi dalam pembentukan kumpulan etnik samaada yg relatif jangkapendek atau jangkapanjang, yg kuat dan padu dengan akar biologi dan sejarah.
Saya percaya anda akan sukar memahami huraian pendek ini jika anda tidak belajar Sains Politik secara serius... Tetapi permasaalahan hari ini menuntut lebih dari hanya belajar secara teori semata-mata. Bukan semua teori berakhir dgn realiti. Sebagaimana yg berlaku dlm dunia hari ini, demokrasi tidak pernah wujud sebagai demokrasi IDEAL TYPE (jenis unggul). Demikian juga komunisme atau lain2 jenis ideologi - kesemuanya telah dimodifikasikan oleh sang pemerintah di sesuatu negara.
Hari in perbahasan berhubung sistem pendidikan vernakular (atau berasaskan kaum) yg juga disebut sebagai majmuk, dualisme atau pluralisme masih tidak selesai. Pendidikan vernakular yg sudahpun wujud sebelum merdeka ini adalah warisan penjajah dlm usahanya mengekalkan dasar “Pecah & Perintah” (Divide and Rule). Hari ini “dasar” ini diplagiat oleh Amerika pada merealisasi polisi imperialisme dan hegemoni keatas Iraq, Libya, Afghanistan dan beberapa negara lain.. Ini kerana Iraq dan Libya menjamin bekalan minyak mentah yg bersinambungan dan Afghanistan pula menjamin bekalan candu mentah yg termurah bagi Amerika dan sekutu2nya..
Dan, bagi negara ini, mengapa bangsa bukan-Melayu terlalu gencar mendabik dada bila ada cadangan utk menghapuskan sistem vernakular? Bukankah cadangan itu amat baik pada mengukuhkan perpaduan kaum? Adakah mereka tidak suka pada idea integrasi nasional yg diwarwarkan lewat Rukunegara yg tercipta hasil dari Tragedi 13 Mei 1969? Mengapa terlalu cepat melupakan sejarah yg telah meragut ratusan (mungkin ribuan) nyawa dlm waktu tak sampai 72 jam itu?
Jika ditakdirkan krisis itu berpanjangan selama 720 jam sahaja, nescaya lanskap sejarah negara ini mungkin berbeza 360 darjah dari apa yg terjadi sekarang. Jika itu terjadi, mungkin hari ini KETUANAN MELAYU itu benar2 dihormati, benar2 di TAMPUKnya dan sebarang “HAK” orang2 Melayu itu tidak akan berani dipersoalkan oleh sesiapa. Demikian juga dgn HAK masyarakat ISLAM utk mewujudkan sebuah negara yg benar2 berpandukan Al Quran tiada siapa berani perolok-olok & memperlekehkan...!!!
Malang sungguh. Tragedi 13 Mei hanya berlangsung tidak sampai 3 hari. Dan, hari2 yg selanjutnya kaum yg pengecut cepat menghilangkan diri disebalik situasi “perintah berkurung”. Jika ditakdirkan perintah berkurung & dharurat lambat diistiharkan, Sungai Gombak dan Sungai Kelang akan menyaksikan beribu-ribu bangkai manusia yg terbunuh atas dasar assabiah yg paling fanatik dan ekstrim dlm sejarah Malaya modern. Ibukota Kuala Lumpur, Ipoh dan Penang akan didominasi sepenuhnya oleh profesional yg berkulit sawo matang dan beragama Islam....bukan sebagaimana sekarang...!
Ada yg menyoal - mengapa Malaysia wujud sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk? Jawabannya amat mudah. Baca buku sejarah. Atau tanya tok-nenek di hujung kampong. Ataupun, tanya pada “profesor2 bukan-kangkong”.
Memang sulit utk mendalami riwayat negara ini. Ini kerana tidak ramai yg berminat terhadap matapelajaran Sejarah. Jikapun mereka baca sejarah, itu sekedar utk lulus periksa. Selesai peperiksaan, buku2 sejarah itu akan dibuang dlm tong “recycleable waste”. Bukankah begitu...? Ilmu2 sejarah yg dipelajari itu tidak lebih seperti “masuk telinga kanan keluar telinga kiri..”.....!??! Sebab itu, golongan primodialist yg menjadi raja perkauman terus memanipulasi pemikiran masyarakat menerusi segala bentuk wadah media dan macam2 platform lagi....
Hari ini, bersembunyi disebalik tabir Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), pejuang primodialist yg cukup perkauman ini sedang cuba utk menggegarkan tiangseri Perlembagaan Negara - iaitu tidak lain dari hak2 Melayu dan bumiputra, status quo Melayu dan status quo Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Jika ditakdirkan ada dikalangan bangsa Melayu turut bersekongkol dlm perjuangan tersebut, itu bererti nasib Melayu kian berada di hujung tanduk dan hanya menantikan waktu utk rebah ke bumi. Dan, anda perlu sedar, jika Melayu tumpas dlm gelombang politik negara, itu bererti Islam akan turut lenyap dari negara ini. Jika itu berlaku, seluruh ummah akan menanggung dosa paling besar - lantaran enggan berjuang fisabilillah demi menegakkan Islam di NEGARA ISLAM ini...!
Maka. sedarlah wahai rakan2... Kerakyatan JUS SOLI adalah “kontrak sosial” yg hanya “dipinjamkan” kpd kaum2 yg datang dari benua2 masing2... Mereka sudahpun ada negara asalnya sendiri. Bukan seperti kita. Tok-nenek kita memang lahir bertumpah-darah disini sejak dari jenerasi yg lampau. Golongan pendatang itu ada kampong-halaman masing2 di negara masing2.
Tetapi kita - kita memang BERASAL-USUL dari bumi Melayu dan Alam Melayu. Dan, kita ditakdirkan beragama Islam, dan, Insyaallah, hidup dan mati sebagai Muslim mukmin. Oleh itu, jangan sekali-kali kita berlembut dan menonjolkan kelemahan tunduk & akur kpd kehendak2 yg bakal melenyapkan kekuatan ummah...!
Maha Suci Allah. Memang benar. Memang sudah ditakdirkan negara ini wujud dlm senario berbilang kaum - supaya kita saling kenal-mengenal - dan sesungguhnya, yg terbaik dikalangan mereka ialah yg paling bertakwa. Itu benar.
Tetapi suatu perkara yg perlu kita sedari - ianya bukan sekedar isu “kaum”. Yg paling integral & prioriti ialah isu aqidah & bagaimana perlu kita mempertahankan hak Islam dan “HAK” Allah Taala di bumi Malaya ini....!

Saturday, June 2, 2018

KEGIATAN MENGHINA RASULULLAH & ISLAM DI FACEBOOK



Kian hari kian berlambak syaitan-syaitan yg bangkit dlm bentuk manusia menyebarkan ayat-ayat yg menghina Islam & menghina Rasulullah s.a.w. Bukan sekadar melalui blog. Malahan facebook turut jadi PELANTAR bagi mereka mengetengahkan hujah-hujah syirik, mungkar & terlalu kufur. Dan, apakah langkah kita pula? Bangkit bertindak, mengamuk? Atau, sekadar berdiam diri menyimpan amarah sampai ke mati?

Aku pun tidak ketinggalan menanggung beban amarah itu. Kalaulah tubuhku ini terbuat dari kertas suratkabar, mungkin sudah lama aku terbakar hangus. Mujurlah Allah Taala mencipta manusia dgn segala bentuk kesempurnaan & kekuatan serta diperkukuhkan oleh ruh yg ditiupkan. Jadi, aku masih hidup, bernafas (walaupun dlm sesak amarah..). &, kalaulah membunuh itu halal, insyaallah, akulah orang pertama yg akan mencabut nyawa para syaitan itu... sehingga tiada lagi yg berani bangkit menderhaka dgn semahu-mahunya kpd Allah Taala..

Kita sebagai Muslim hendaklah berhati-hati bila berkawan (walaupun melalui facebook..). Malahan facebook lebih merbahaya berbanding fizikal kerana ia bersifat maya (virtual). Ia juga bersifat satu dimensi dlm konteks interaksi (walaupun kita boleh chatting..). Ia kelihatan terlalu "hospitalizing". 

Aku tak menafikan ciri-ciri positif laman facebook. Tapi, bila ia dijadikan pentas serangan aqidah, maka, berhati-hatilah wahai kawan.. Kalau iman tidak kukuh, jangan cuba ambil risiko. Nyahkan diri anda dari serangan-serangan yg boleh membinasakan ini. JANGAN SEKALI-KALI membaca atau melayan apa yg ditulis oleh syaitan-syaitan itu. Anda boleh baca banyak lagi perkara-perkara lain yg lebih berfaedah. &, kalau anda dahulunya "rajin" melayan syaitan-syaitan ini, fikirkan samaada ia memberi faedah atau sebaliknya..

Sebagai manusia Islam, kita sentiasa dituntut utk memperkukuhkan aqidah melalui pelbagai lunas sebagaimana yg digariskah dlm Al Quran & sunnah. Kita juga dituntut supaya memantapkan keilmuan agar dapat membanteras kesesatan yg bermaharajalela didepan mata. Dan, hidup dalam sebuah negara majmuk berkongsi tanah & petempatan dgn golongan penyembah berhala, penyembah nenekmoyang, ahlil kitab yg syirik serta agama-agama sesat lain bukanlah suatu perkara mudah. Ia memang suatu cabaran besar. Sebab itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati. Sentiasa belajar. Sentiasa memperkemaskan iman & aqidah kita. Kalau masih tidak kemas, perkemaskan. Jangan sampai kita sesat ditengah jalan..

Peranan kita sebagai Muslim amat besar. Dan, ia adalah penentu kelangsungan hidup masyarakat & negara ini. Kalau kita bersifat lemah, kerdil & pengecut, nescaya kita akan dipijak-pijak oleh golongan kufur & kafir. Kita perlu berdiri dgn gagah. Bersatu bangkit memperkukuhkan kembali ukhuwah yg kian retak menanti belah. Selama ini kita lemah lantaran asyik berpecah-belah. Perbezaan fahaman politik telah menjadi racun & saka yg terus merenggangkan ummah yg sepatutnya bersatu. Kita terlalu gemar bermusuh-musuhan antara satu sama lain atas nama POLITIK..(??) Lantaran itulah syaitan-syaitan mudah berkeliaran merampas peluang yg ada utk memurtadkan orang Islam.

Hari ini golongan Melayu murtad sibuk menubuhkan NGO demi memperjuangkan "kepentingan" mereka. Dan, kita pula terus hanyut dilanda perjuangan politik kepartian yg kalut..! Tahukah anda bahawa perbezaan politik bertanggungjawab memburukkan lagi hubungan atau ukhuwah Islamiah...?

Kita memiliki tugas yg besar di negara ini. Oleh itu, marilah kita memperkemaskan diri sendiri & ummah. Demi agama. Demi negara. Ws.

SEKSUALITI MERDEKA: SIMBOL DEMOKRASI NEGARA?


Mungkin agak keterlaluan jika DEMOKRASI ditafsirkan mengikut selera sendiri. Memang terdapat banyak MAKNA dan MAKSUD bagi demokrasi. Bergantung pada "cara" ia didefinasikan serta "tujuan" disebalik pendefinasian itu. Mungkinkah pendekatan Machiavelli terguna-pakai dalam konteks ini? Machiavelli ialah tokoh yg mempromosi konsep "TUJUAN MENGHALALKAN CARA".

Hari ini sudah terlalu ramai orang yang "bijak dan pandai" termakan umpanan konsep ini. Kalau dahulunya Machavelli sekadar mencipta teori, "tokoh-tokoh besar" hari ini jadi pengamal dan "penganut" setianya...

Berbalik pada soal DEMOKRASI acuan Malaysia. Disebalik acuan ini, pemerintah terdahulu telah sempat merangkumkannya dengan sub-ideologi penting yg digelar "RUKUNEGARA". RUKUNEGARA akan diikrarkan pada setiap sambutan ulangtahun hari kemerdekaan negara. Semua orang biasa mendengar rangkap-rangkap yg terkandung dalam RUKUNEGARA. Semua orang (termasuk pemuka-pemuka dan pendokong SEKSUALITI MERDEKA..) dipercayai sudahpun HAFAL sepenuhnya prinsip atau rangkap-rangkap itu. Kecuali kalau mereka itu merupakan pendatang asing (tanpa izin atau dengan izin..) atau BUKAN warganegara MALAYSIA tetapi menyeludup masuk dan dapat kerakyatan secara tidak sah..!

Secara ringkas, (dan, untuk faedah mereka yg terlupa..) kandungan Rukunegara adalah seperti berikut:

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Terlalu mudah, bukan? Ramai yang telahpun menghafalnya sejak di sekolah rendah. Apabila di sekolah menengah, ianya seperti dihayati sebagai suatu "ideologi". Dan, sewaktu mendaftar di kolej atau di IPT, barulah kita belajar utk mendefinasi makna-makna yg terkandung dalam setiap rangkap Rukunegara secara lebih mendalam. Hari ini, insyaallah, aku berani berkata bahawa ramai dikalangan kita akan sanggup berbahas dgn sesiapa sekalipun (dalam proses menghayati makna Rukunegara sebagai satu panduan dan tata hidup bernegara di sebuah negara yang bernama Malaysia). Ini kerana ia amat selaras dgn nilai-nilai yg perlu ada dalam sebuah NEGARA ISLAM!

Kembali kepada SEKSUALITI MERDEKA. Hari ini kita semakin kerap menyaksikan golongan yang berlagak ala politikus reaksionari bangkit memperjuangkan sesuatu kepentingan. Hingga tiba pada satu tahap bahawa kepentingan itu amat bercanggah dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan kemaslahatan sebuah negara ISLAM. Rukunegara telah menetapkan bahawa setiap warga dalam negara ini hendaklah PERCAYA KEPADA TUHAN dan hidup sebagai individu yang memiliki pegangan agama. Oleh itu, golongan anti agama, ateis atau freethinker adalah tidak berhak untuk menggelar dirinya WARGA bagi negara ini. Tetapi, jika mereka sudah hidup beragama (dan PERCAYA KEPADA TUHAN), adakah wajar mereka mengingkari agama mereka dengan memperjuangkan homoseksualisme, lesbianisme, heteroseksualisme..? Atau, adakah mereka sudah hilang akal dan menjadikan homoseksual, heteroseksual dan lesbianisme sebagai "ideologi" dan "agama" (sebagaimana di barat..) serta mengangkat "seks" sebagai "tuhan" mereka....?

Selain itu, kegilaan yang melampaui batas manusiawi terhadap kehidupan seks adalah cukup bertentangan dengan KESOPANAN DAN KESUSILAAN (iaitu prinsip kelima Rukunegara). Golongan yang memperjuangkan agenda sesat ini mungkin terdiri dari golongan freethinker (pemikir bebas yang terlalu liberal dan melihat agama sebagai belenggu kebebasan..) atau ateist yang berselindung disebalik agama-agama tertentu. Tetapi mereka perlu ingat: ideologi negara yang kelima menegaskan tentang kewajipan setiap warga mempertahankan nilai SOPAN-SANTUN serta hidup BERTATA-SUSILA dalam sebuah NEGARA ISLAM yang bernama MALAYSIA ini..!

Jadi, apakah alasan sebenar yang cuba diperjuangkan oleh golongan terkutuk ini..? Atas nama HAK ASASI manusia sejagat? HAK ASASI yang bagaimana? Yang membenarkan lelaki "berkahwin" dengan lelaki atau perempuan "bernikah" dengan perempuan seperti KAUM LUT..? Piagam HAK ASASI yang manakah telah diciplak oleh mereka? Sweden? Belgium? Belanda? Atau, Pompei..?

Dan, atas alasan HAK-HAK SEMULAJADI (natural rights) dalam sebuah NEGARA DEMOKRASI, masyarakat PERLU diberikan HAK untuk menentukan apa mereka SUKA dan apa mereka MAHU..? Maka, negara atau perlembagaan negara perlu MENGHALALKAN apa yang pada suatu ketika dahulu dihukumkan HARAM...? Hatta, NEGARA tidak dianggap DEMOKRATIK jika KEHENDAK-KEHENDAK KEBINATANGAN ini tidak dipertimbangkan...?

Masyarakat dalam negara ini kerap diletakkan di dua persimpangan. Terkadang lebih dari dua persimpangan. Maka, pihak yang telah diberikan 'MANDAT" oleh rakyat utk melaksanakan AMANAH RAKYAT hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik-baik dan setepat-tepatnya. Jangan ada yang dalam hatinya berniat untuk menyeleweng. Kelak buruk padahnya..! Negara ini adalah sebuah NEGARA ISLAM. Islam mengharamkan homosek, heteroseksual, lesbianisme, kawin sejenis.. Islam MENGHALALKAN nikah. Samaada mereka itu beragama Islam atau tidak, undang-undang perkahwinan hendaklah dipatuhi mengikut lunas-lunas yang ditetapkan: Muslim ikut cara Muslim; dan, bagi masyarakat bukan Islam: terpulang pada masing-masing agama.

Perkahwinan sejenis hendaklah diharamkan dari lanskap sosial negara ini. Untuk menentukan perkara ini jelas pada pandangan umum, undang-undang khusus hendaklah digubal, diluluskan dan diimplementasi. Mereka yang menjadi pendokong pada gerakan-gerakan pro-perkahwinan sejenis hendaklah diambil tindakan kerana menyalahi undang-undang agama, budaya dan kesusilaan negara.  Jika masih ada golongan yang ingkar dan masih ingin mengulangi perjuangan sesat ini secara tegar, kewarganegaraan mereka wajar dilucutkan sebagai pengajaran buat semua...!

Negara kita memang berideologi demokrasi. Tetapi, jangan samakan seks bebas atau perkahwinan sejenis sebagai DEMOKRASI. Sebuas-buas buaya sekalipun, mereka tidak akan berkahwin dengan kaum sejenisnya…! Hanya manusia sesat dan gila sahaja yang berani melakukannya…! Ws.



NABI ADAM VS TEKNOLOGI - SATU ANALISIS RINGKAS (BAB 2)

 (Sambungan dari BAB 1) BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN PERJALANAN NABI ADAM? Mengapa kita perlu tahu tentang ini? Agar kita dapat membuat suatu a...