(Sambungan dari BAB 1)
BAGAIMANA JARAK JANGKAUAN PERJALANAN NABI ADAM?
Mengapa kita perlu tahu tentang ini? Agar kita dapat membuat suatu apresiasi terhadap bagaimana Adam a.s. melakukan perjalanan sebegitu jauh dari pulau Sri Lanka (dikatakan beliau didaratkan disini selepas diturunkan ke bumi oleh Allah Taala) ke Jabal Rahmah di Arafah utk bertemu Hawa setelah terpisah begitu lama.
Mengikut ukuran sekarang, jarak dari Sri Lanka ke Arafah ialah 7,598km jika anda berjalan kaki - iaitu selama 1,267jam perjalanan tanpa henti dan dgn dibantu oleh peta, kompas, GPS atau peralatan navigasi modern lainnya.
Itu ialah ukuran perjalanan terdekat dgn menggunakan jalanraya yg sudah terbina pada hari ini. Pada zaman Adam diturunkan, bumi belum ada sebarang infrastruktur seperti jalanraya, jalan keretapi, kapal atau kapalterbang. Kompas dan peta juga belum ada, apatahlagi alat GPS yg dibantu satelit. Jadi, bagaimana harus sesuatu perjalanan itu dimulakan? Dan, kemanakah destinasi yg harus dituju?
Maka kita dapat menyimpulkan bahawa Adam a.s. telah mengembara dgn hanya berjalan kaki merentas selat kecil Palk ke benua kecil India, wilayah Pakistan, Afghanistan, Iran dan selanjutnya ke Semenanjung Arab utk tiba ke destinasi yg jauh. Ada riwayat mengatakan bahawa beliau telah terpisah dengan Hawa selama 500 tahun, 300 tahun, atau 40 tahun. Ringkasnya, beliau mungkin telah mengembara minima selama 40 tahun untuk bertemu dgn Hawa di Jabal Rahmah tanpa berbekalkan teknologi navigasi, jalanraya yg sempurna dan kenderaan. Wallahualam.
Tetapi jika Adam dibekalkan dengan teknologi navigasi dan jalanraya yg canggih, berapa hari diperlukan utk beliau tiba di Arafah? Begini anggaran perkiraannya:
a. Kelajuan berjalan biasa utk manusia biasa - 5.12 ksmj
b. Kelajuan berjalan Adam a.s. - 15 x 5.12 = 76.8 ksmj
c. Jumlah masa utk tiba ke Arafah = 7,598km/1,267jam tanpa rehat dibantu GPS
d. Jumlah waktu berjalan Adam = 7,598km bahagi 76.8ksmj = 100.23 jam
h. Jumlah waktu rehat pendek (setiap 2 jam = 30 minit rehat) = 25 jam
i. Jumlah waktu rehat panjang/tidur (setiap 10 jam = 12 jam) = 120 jam
j. Jumlah keseluruhan waktu perjalanan = 225.23 jam = 9.38 hari atau 9 hari
Jadi, jika menggunakan GPS serta jalanraya yg bagus, Adam boleh merentas wilayah yg disebutkan tadi dalam masa lebihkurang 9.38 hari (termasuk rehat dan tidur) berbanding manusia biasa yg akan mengambil masa selama 52.79 hari (tanpa rehat). Tetapi apabila kita cuba bergerak ke suatu destinasi tanpa bantuan peta, kompas, GPS, ketiadaan jalanraya atau sebarang infrastruktur, tiada tempat utk bertanya, terpaksa meredah lautan, sungai besar, paya, hutan dan pergunungan, anda boleh bayangkan sendiri kesukarannya.
Maka, demikianlah keadaan Adam a.s. sewaktu pertamakali akan memulakan kembaranya. Walaupun memiliki binaan tubuhbadan antara 15 - 19 kali lebih sasa dan lebih tangkas dari manusia akhir zaman, tetapi terdapat pula kekangan-kekangan lain yg menyukarkan pergerakan beliau. Ini kerana dunia merupakan bumi yg terlalu asing utk beliau. Dan, bumi pada ketika itu samasekali tidak serupa dgn bumi hari ini yg lengkap dgn segala bentuk prasarana dan fasilitas berteknologi tinggi. Tetapi yg jadi cabaran, beliau tiada dibekalkan dgn sebarang fasilitas utk hidup (seperti di Syurga yg lengkap dgn segalanya) - kecuali apa yg telah disediakan dan ditetapkan di mukabumi oleh Allah Taala, seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan yg boleh dimakan serta lain-lain.
Jadi, kehidupan di bumi merupakan pengalaman baru bagi beliau (dan Hawa). Segalanya perlu diikhtiarkan jika mahu kekal survival diatas bumi. Ini merupakan sunnatullah yg telah ditetapkan bagi setiap makhluk bernyawa di bumi. Maka, jika Adam memerlukan 40 tahun utk bertemu dgn Hawa, itu merupakan fakta yg jelas - sesuai dgn situasi di zaman itu yg mana teknologi masih belum diperkembangkan lagi. BUKAN kerana Adam tidak pantas atau tangkas. Misalnya, anda ingin menemui kawan di suatu wilayah yang entah dimana dan tiada tempat utk bertanya. Mampukah anda temui beliau selepas 40 tahun atau 400 tahun kembara?
Ringkasnya, Allah Taala telah mempersatukan kembali Adam dan Hawa dgn ketetapanNya.
JANGKAUAN FIZIKAL ADAM
Memulakan hidup di alam baru tidak seindah Syurga. Itu adalah realiti. Lantaran itu Adam dibekalkan dgn tubuh jisim yg cukup besar - supaya boleh memulakan suatu tamadun baru di mukabumi. Dgn keperkasaan fizikal yg ada serta dibantu oleh kelahiran jumlah anak-anak yg ramai, maka segala projek-projek asas kehidupan dapat dirancang dan dilaksana dengan berkesan. Dgn saiz fizikal yg besar, wilayah yg dijangkau utk aktiviti-aktiviti ketamadunan dan permukiman manusia juga menjangkau besar dan melebar-luas.
Sebagai contoh, utk membuka perladangan yg boleh memuatkan sebuah rumah, kandang ternakan, tapak pertanian dan kawasan utiliti bagi memenuhi keperluan asas sebuah keluarga kecil hari ini ialah antara 2 ke 3 hektar. Tetapi sekiranya saiz ahli keluarga ialah 15-19 kali lebih besar dari manusia zaman ini, maka saiz tanah yg diperlukan adalah antara 30-45 hektar (73.5-110 ekar) utk satu unit keluarga. Tanah seluas itu hanya boleh diusahakan oleh manusia hari ini dgn bantuan mesin dan pelbagai teknologi pertanian - lantaran ia terluas utk dikerjakan dlm sehari.
Tetapi manusia Adam dan keluarganya tidak memerlukan teknologi sebegitu - lantaran saiz 2-3 hektar adalah terlalu minimum utk mereka berhempas-pulas mengerjakannya. Malah, apa yg terjadi, Adam dan ahli keluarga generasi pertama yg seramai 20 orang mungkin memerlukan keluasan minimum tanah sebesar 600-900 hektar (1470-2200 ekar) - lebihkurang 11% saiz negeri Perlis. Tetapi jika mengikut saiz Felcra (11 ekar), maka satu unit keluarga Adam akan memerlukan sebanyak = 11 x 15 = (165 ekar) atau 11 x 19 (209 ekar) dan jumlah keseluruhan keluarga generasi pertama memerlukan antara 3300-4180 ekar - lebihkurang 21% kawasan negeri Perlis. Itu baru generasi pertama. Dan, baru hanya memenuhi keperluan bertaraf Felcra. Belum mengambilkira jumlah ternakan yg memerlukan kawasan ragut yg cukup luas. Belum lagi mengambilkira prestasi perladangan sebenar yg dicapai oleh mereka serta jumlah penglahiran generasi kedua yg tidak diketahui jumlahnya!
Kita tidak akan mengupas terlalu terperinci berhubung keluasan bidang tanah. Kita hanya akan menyentuh jarak jangkauan kehidupan Adam dan keluarganya dlm memenuhi keperluan harian yg membudayai mereka - lantaran ini dilihat lebih menarik. Sebagai contoh, anda perlu menaiki motor atau jeep utk mengerjakan ladang di pedalaman yg sejauh 20 km setiap hari. Dan, anda mengambil masa 60 minit utk tiba ke destinasi. Anda bergerak pada jam 8 pagi dan selesai jam 5 petang. Anda tiba di rumah jam 6 petang dlm keadaan letih tak bermaya. Ada kalanya, jam 7 baru anda kembali.
Adakah ini suatu perkara baru? Jika anda perlu bergerak sejauh 20 hingga 50km utk tiba di lokasi bekerja, Adam dan ahli keluarganya sudahpun melakukan proses yg sama ribuan tahun yg lampau. Beliau perlu bangun pagi, menguruskan ternakan, ladang pertanian dan sebagainya utk keluarganya yg besar - bukan sekadar besar dari segi bilangan, tetapi juga dari segi saiz. Dgn umur masing-masing yg sangat panjang, sudah tentulah sumber makanan, pakaian, perubatan, tempat tinggal, aspek keselamatan serta keperluan hidup lainnya perlu dilestarikan. Jadi, kita tidak perlu hairan jika Adam dan anak-anaknya perlu berjalan antara 75-150 km tiap-tiap hari utk melestarikan keperluan hidup dan mensejahterakan keluarga masing-masing. Malah, utk mencari bahanapi contohnya, mereka mungkin perlu kembara hingga 200-250 km jauhnya - lantaran bukan semua kawasan terdapat pokok-pokok yg boleh dibuat kayu-api - terutama di Semenanjung Arab serta wilayah sekitarannya.
Satu soalan penting. Adakah mereka ini merupakan manusia nomad yg hidup gelandangan di gua-gua dan bersifat seperti haiwan babon atau beruk yg cuma tahu mengutip hasil hutan atau membunuh haiwan lain utk dijadikan santapan seperti yg diwarwarkan oleh buku sejarah? Tidak. Mereka bukanlah golongan manusia zaman batu yg hidup bertelanjangan seperti digambarkan oleh saintis yg menjadikan antropologi sebagai "agama" mereka atau penganut Darwinisme. Mereka hidup di wilayah yg terbatas keluasan hutannya. Dan, Allah Taala telah membekalkan segala bentuk ilmu utk digunapakai oleh Adam serta keturunannya bagi membina tamadun manusia sebagai khalifatullah di mukabumi dgn penuh kesempurnaan.
Dgn dibekalkan saiz fizikal yg besar, umur yg begitu panjang serta petunjuk Allah Taala, Adam a.s. serta keluarganya berupaya mencipta fasilitas berteknologi tinggi - yg sukar digambarkan oleh kita. Ini sesuai dgn maksud Al Quran yg menjelaskan bahawa terdapatnya tamadun-tamadun yg lebih tinggi kemajuannya berbanding dgn apa yg wujud pada hari ini. Tetapi tamadun-tamadun tersebut telah dilenyapkan lantaran kemungkaran mereka terhadap ketetapan Allah Taala.
Hari ini para saintis dan antropologis hanya berminat utk membongkar kesan sejarah ketamadunan silam utk tujuan akademik atau material semata-mata. Mereta tidak berminat utk belajar dan mengambil iktibar dari kemusnahan tamadun-tamadun tersebut.
(....bersambung pada BAB 3)